eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, sebenarnya dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di anjung rumah mereka, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu benar-benar menggemparkan keluarga Rohizad Kasman, 42, sebaik anak keduanya, Nurul Hazimah, 12, terdengar tangisan bayi berkenaan ketika bersiap untuk ke sekolah agama bagi menduduki peperiksaan.
Katanya, pada mulanya Nurul Hazimah memberitahu ibunya, Daing Maizaton Daing Ahmad, 40, bahawa dia terganggu dengan bunyi anak kucing yang mendayu seperti menangis meminta tolong memandangkan kawasan itu sering menjadi lokasi penduduk membuang haiwan itu.
“Bagaimanapun, timbul perasaan curiga di benak anak saya apabila mendapati suara anak kucing itu semakin lemah dan disebabkan ingin tahu, dia membuka pintu dapur rumah.
“Nurul terus ke depan anjung sebelum menjerit memanggil ibunya sambil berkata ada bayi ditinggalkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, isterinya terpaksa menangguhkan solat Subuh sekejap dan bergegas keluar rumah untuk mengangkat bayi berkenaan yang sedang dibasahi hujan.
“Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh. Saya terus memanggil seorang saudara yang bekerja di Klinik Kesihatan Sri Gading untuk dibawa ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan.
“Selepas mendapat suntikan dan dimandikan, saya mengazankan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu sekali gus menyebabkan saya menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang hampir menjadi korban akibat kejahilan manusia,” katanya.