BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi maut tersedak susu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Alor Gajah: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dalam keadaan mulut dan hidung berdarah, dipercayai akibat tersedak susu, di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan, di sini, pagi semalam.

Kejadian menimpa T Wesnevy disedari ibunya, T Thandiswari, 19, selepas melihat mulut dan hidung anak tunggalnya berdarah sebaik terjaga daripada tidur, jam 7 pagi. Menurut Thandiswari, sebelum itu, anaknya terjaga dan menangis menandakan bayi sulungnya itu ingin minum susu kira-kira jam 3 pagi.


“Selepas memberinya susu, saya seperti biasa akan menepuk belakang badannya. Tidak lama selepas itu, anak saya tidur semula.

“Bagaimanapun, ketika bangun tidur pagi tadi (semalam) saya terkejut melihat kesan darah pada mulut dan hidung Wesnevy lalu cuba mengejutnya, namun tiada tindak balas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suaminya M Tamilselvam, 22, yang tidur di sebelahnya.


Katanya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia terus menghubungi bapanya, V Tamilchelvam, 44, serta ibunya, S Nalini untuk memaklumkan kejadian.

Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menggunakan motosikal untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Bagaimanapun, sebaik tiba di HAG, bayi malang terbabit disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan.

Suasana pilu di sekitar hospital apabila bapa mangsa dikatakan enggan menatang mayat anak tunggalnya masuk ke dalam van mayat, manakala ibu mangsa pula yang masih terkejut dilihat enggan melepaskan mayat anaknya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu.


Beliau berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh paramedik HAG, jam 7.30 pagi semalam.


KMayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.


SUMBER:http://w1.hmetro.com.my/articles/Bayimauttersedaksusu/MA/Article
 
xde rzki mkcik..xpe2 redha
 
tersedak susu....adalah kes yg paling fobia bagi setiap ibu2 yg baru lepas bersalin..

Susu ibu yg terbaik. Tak perlu keluarkan sendawa. Paling cepat hadam. Susu lembu macam susah bikin, lambat dan leceh. Kenapa ramai bg susu lembu dengan alasan kurang susu badan. Susu badan perlu diteruskan dan diransang pengeluarannya. Harap info ni membantu untuk semua untuk elak kes sebegini.
 
memang tak dapat digambarkan betapa sedihnya jika bayi yang dikandungkan 9 bulan tu boleh meninggal..pernah gak berada didalam situasi ini, memang ambik masa yg lama nak hilangkan rasa sedih tu..cuma kita redha segala yang berlaku tu atas kententuan Allah.:(
 
Takziah, syurga bulat bulat untuk anak pasangan nie, redhailah pemergian adik nie mengadap Penciptanya...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
Back
Top
Log in Register