BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi mati tersedak susu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan yang baru berusia enam hari dan belum diberi nama mati dipercayai tersedak susu dalam kejadian tengah malam di Kampung Chepa, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 30 tahun ketika hendak menyusukan anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam.

Berikutan kejadian itu, bayi terbabit dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan mayat bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan pakar mendapati tiada sebarang unsur jenayah menjadi punca kematian bayi itu.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, ibu bapa mangsa ketika ditemui di rumah mereka, enggan mengulas kejadian terbabit kerana masih bersedih terhadap nasib yang menimpa anak bongsu yang belum diberikan nama itu.
 
Mak dia terlena sambil menyusu kot
 
kena peka dan fokus.....menyusukan bayi bukan semudah yang di sangka....

takziah wat keluarga tersebut....

mudah2an jadi pengajaran tuk yg lain
 
aduh sedihnye...
anak aku br 12 hari...
biarlah aku bersengkang mata menyusukan dia dr menyesal seumur hidup..
takziah...
 
da takdir...tapi apa pun kena berjaga2 bayi kita, bila tersedak melalui hidung tu yg bahaya.....takziah ke atas keluarga yg terbabit...insyallah bayi tersebut telah di janji kan tempat nya di syurga...al-fatihah...





:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register