BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi mati dalam buaian

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.0lxbP95AK1.webp


SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati di rumah pengasuh di Taman Bandar Senawang, tengah hari tadi.

Bayi malang berkenaan, Amani Saffiya didapati berada dalam keadaan tidak bernyawa di dalam buaian oleh pengasuhnya sebelum cuba memberikan bantuan penafasan (CPR) namun gagal.


Pengasuhnya kemudiannya menghubungi ibu mangsa, Nor Haslinda Hamzah, 32, yang juga guru, sebelum bayi itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

Sementara itu, ayahnya, Shahrun Ismail, 36, berkata, sebelum ini anak bongsu dari tiga adik beradik itu, berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

Katanya, bayinya itu hanya menangis seperti biasa setiap kali mahu dihantar kepada pengasuh, namun itu adalah perkara biasa memandangkan anaknya itu sudah pandai mengenal orang.


Dia dan isterinya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun reda dengan takdir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Katanya, setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Bayimatidalambuaian//Article?BeritaUtama
 
mcm member aku jerk..baby meninggal dlm tido..bangun pagi sedar2 dah xder..huhu
 
Hu3... Sedih nya, syurga menanti mu anak
 
sedeynya.. xpe.. anak ni la yang tgu mak ayah die kat syurga nnt
 
nie mesti kes tersedak susu atau lemas nie..
 
Ibu bapa mana yg x bersedih..
Apa pon dah surantan takdir..
 
semoga si ibu dan bapa tabah..

ini rasanya tersedak susu @ lemas faktornya..
 
Back
Top
Log in Register