BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi lahir berambut lebat

fahmi93

Fun Poster
Messages
155
Joined
Jun 15, 2012
Messages
155
Reaction score
0
Points
10
du_03.1.jpg




CORNWALL, Britain – Seorang bayi lelaki berusia enam bulan di Britain mempunyai rambut yang sangat lebat dan tumbuh dengan cepat.

Malah, bayi itu, Fergus Hillman dilahirkan dengan kepala yang dipenuhi rambut seperti orang dewasa.

Ibu bayi itu, Hayley, 30, berkata, walaupun telah memotong rambut Fergus sebanyak dua kali ketika dia berusia empat bulan dan pada bulan lalu, namun rambut anaknya bertambah lebat.

“Malah, rambut Fergus lebih lebat berbanding sepupunya, Chloe yang masih botak walaupun dia lebih tua dua minggu daripada Fergus,” katanya.

Menurut Hayley, anaknya menyerupai kakak dan datuknya yang memiliki rambut lebat semasa baru dilahirkan.

“Malah, bapa dan saya juga berambut lebat semasa dilahirkan. Saya berasa kami sememangnya keturunan berambut lebat,” jelasnya. – Agensi
 
alamak pelik ke benda ni... anak2 aku lahir rambut lebat biasa jeee..
 
alamak pelik ke benda ni... anak2 aku lahir rambut lebat biasa jeee..

walaupun telah memotong rambut Fergus sebanyak dua kali ketika dia berusia empat bulan dan pada bulan lalu, namun rambut anaknya bertambah lebat.

ini kot antara yg hangat berita ni
 
Back
Top
Log in Register