BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia Dalam Jagaan Pengasuh - Polis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia Dalam Jagaan Pengasuh - Polis​

d8baf723a312cd76b9080a7e052d8776698d8d5fce8a4

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus

Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah rumah di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata bayi itu dibawa ke hospital oleh ibu dan pengasuhnya dalam keadaan tidak bernyawa sebelum laporan diterima berhubung kejadian itu pada 8.08 malam.

"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dimaklumkan oleh pengasuh pada 5.04 petang bahawa bayi berkenaan tidak sedarkan diri selama kira-kira 30 minit ketika berada di rumah pengasuh.

"Punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan analisis makmal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 
Back
Top
Log in Register