BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi ditinggalkan di tepi jalan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sedangkan kucing yang tidak berakal pun tahu menjaga anaknya, tetapi manusia yang dilahirkan sempurna sifatnya tergamak membuang bayi.

Demikian terjadi kepada seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat. Dia ditinggalkan di tepi jalan di Kayu Ara, Damansara Perdana pagi semalam tanpa belas kasihan oleh ibunya.

Ketika ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi, bayi malang yang hanya 'berselimut' kain batik itu menangis kelaparan.

Berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh lebih kurang sejam sebelum ditinggalkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bayi itu ditemui seorang lelaki berusia 40-an yang kebetulan melalui kawasan itu dan terdengar tangisan bayi.

Arjunaidi berkata, polis menyerahkan bayi itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Beliau meminta kerjasama pemilik klinik supaya menghubungi balai polis berhampiran atau talian 03-7956 2222 sekiranya mencurigai mana-mana wanita yang datang untuk menerima rawatan selepas bersalin.
 
Sian baby tuhhhh.... Orang lain ada yang susah nak dapat baby.Tapi ada orang senang nak dapat baby leh buang lak sesuka hati.
 
klu bayi melayu xtau nak ckp ape dah.. masa bulan yg mulia camni pun ada org nk buang bayi.. :(
 
baby aku kena tinggal sekejap dalam bilik pun dah melalak.. ini kan tepi jalan raya.. memamng tak berhati perut orang nih!! :(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register