ARIFFX
Legendary Member

- Messages
- 12,041
Paid Membership
- Joined
- Mar 27, 2008
- Messages
- 12,041
- Reaction score
- 160
- Points
- 123
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
2010/04/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Bayar RM50 saja bos...dalam bilik hotel semua percuma,”pujuk seorang ‘bapa ayam’ sambil menunjukkan tiga pelacur tempatan yang berpura-pura menjamu selera berhampiran sebuah restoran di Brickfields di sini.
Warga emas tempatan berusia 60-an itu turut bertindak agresif apabila menarik tangan orang ramai melanggan wanita murahan disediakan.
Namun berbeza dengan dahulu, kebanyakan ‘bapa ayam’ terpaksa berkeliaran di kaki lima kedai selepas rumah pelacuran di kawasan itu digempur polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari semasa ke semasa.
Ini menyebabkan kumpulan ‘bapa ayam’ yang tertekan kini mengubah kaedah pemasaran dengan keluar mencari pelanggan di kawasan terbuka.
Wartawan Harian Metro yang menyamar bersama jurugambar selama empat jam semalam, mendapati kebanyakan ‘bapa ayam’ warga tempatan berkenaan mula aktif seawal jam 9 pagi.
Berbanding cara lama lebih tersorok dengan pelacur diletakkan dalam bilik khas untuk dipilih pelanggan, mereka kini lebih berani apabila sengaja memperagakan pelacur di kaki lima jalan.
Apa yang perlu hanya beberapa kerusi dan meja sebelum pelacur terbabit duduk dan berpura-pura bagaikan berehat sambil menjamu selera.
Wartawan yang melalui jalan berkenaan ditahan seorang bapa ayam yang memakai seluar pendek sambil menawarkan wanita sebagai ‘teman’.
Tanpa segan silu, lelaki itu memujuk mengambil tiga pelacur berusia 30-an yang berselindung di belakang sebuah kedai kopi.
“Ini perempuan baru mari...tak mahal! You bayar RM50 sahaja,” kata lelaki berkenaan sambil menunjukkan jari ke arah deretan wanita berkenaan.
Apabila ditanya berhubung harga yang agak mahal, lelaki itu memberitahu perkhidmatan berkenaan terpaksa dinaikkan berikutan ia dicampur dengan kos sewa bilik hotel berhampiran.
“Dulu kita kasi harga murah RM30 sebab bilik tak payah bayar sewa. Tapi itu polis sama DBKL kacau bisnes kasi pecah semua barang dan dinding.
“Sekarang kita kena sewa bilik hotel murah. Itu harga RM50 sudah campur sekali dengan harga sewa bilik hotel. Sana lagi bagus ada air cond!,” katanya sambil masih terus memujuk.
Pada masa sama, pelacur diuruskan lelaki berkenaan turut memujuk wartawan memilih seorang daripada mereka untuk dijadikan teman ranjang.
Wartawan dan jurugambar yang berpura-pura tidak mempunyai wang mencukupi, bagaimanapun diberikan pakej istimewa.
“Ini semua perempuan ‘service’ banyak bagus,” katanya.
Wartawan yang menolak tawaran berulang kali akhirnya melepaskan diri sebelum ditahan pula seorang ‘bapa ayam’ lain yang menawarkan gadis pelacur warga Indonesia.
Lelaki berkenaan memberitahu tidak perlu berpusing-pusing di kawasan terbabit untuk mencari pelacur berikutan bekalan makin berkurangan.
“Semua ‘ayam’ cuti panjang. You tak payah pilih-pilih. Saya punya perempuan baru mandi...cantik punya!,” katanya sambil menunjukkan ke arah pelacur yang berpura-pura minum di kedai kaki lima berhampiran.
Tinjauan juga mendapati, lapan bapa ayam berkeliaran di kawasan terbabit termasuk tiga pondan yang turut mencari pelanggan sehingga jam 3 petang.
Tindakan berani kumpulan bapa ayam menawarkan perkhidmatan seks itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan tegas pihak berkuasa merobohkan beberapa pusat sarang pelacuran sekitar Brickfields, Jalan Petaling dan Chow Kit, baru-baru ini.
Malah, kebanyakan ‘rumah ayam’ dibina di bangunan kedai lama itu turut dikenakan tindakan sita selain diputuskan bekalan elektrik dan air bagi memastikan ia tidak beroperasi semula.
Terbaru Isnin lalu, lebih 100 penguat kuasa DBKL memusnahkan 14 rumah pelacuran mengandungi hampir 300 bilik maksiat di Jalan Petaling sekian lama menjadi sarang pelacuran terbesar di ibu kota.
metro