BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayar Kompaun Cermin Gelap Dalam 3 Bulan Atau Pergi Mahkamah - JPJ

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Untuk rekod, sejak 2019 JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis melibatkan kesalahan cermin kenderaan gelap. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi masa selama tiga bulan kepada pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk membayar kompaun yang telah dikenakan. Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap adalah:
  • RM100 bagi tempoh satu hingga 15 hari
  • RM150 bagi tempoh 16 hingga 30 hari
  • RM250 bagi tempoh 31 hari sehingga 60 hari
1697019973881.png

Kes dibawa ke mahkamah jiika tidak buat pembayaran dalam tempoh 3 bulan

Menurutnya, sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

“Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik Sinar Harian semalam (10 Oktober).

Kadar telus cahaya (VLT) yang dibenarkan oleh JPJ

Kata Zulkarnain, kadar telus cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70% cermin hadapan, 50% untuk cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang 0%.
160558007_10159309766787421_2993958671664945691_n-1.jpg
Pun begitu, JPJ tetap memberi kelonggaran terhadap individu-individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan untuk menggelapkan cermin kenderaannya.

“Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap,” katanya lagi.

42,149 notis kesalahan cermin gelap dikeluarkan JPJ sejak 2019

Untuk rekod, sejak 2019 JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis melibatkan kesalahan cermin kenderaan gelap.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini,” ujar Zulkarnain

Rujukan https://www.sinarharian.com.my/arti...-beri-tiga-bulan-selesai-kompaun-cermin-gelap
 
Tiada Siapa Masuk Penjara Kerana Cermin Gelap, Kata Loke

02.11.2023 - Menteri pengangkutan berkata tidak timbul soal jika salah guna cermin gelap akan dipenjarakan. Tiada lagi pemilik kenderaan persendirian yang ingkar peraturan penggunaan cermin gelap dibawa ke mahkamah dan dipenjarakan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook. Beliau berkata, perkara itu disahkannya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Maksudnya tak timbul soal bahawa kalau salah guna cermin gelap itu akan dipenjarakan. Saya harap (ini beri) penjelasan kepada orang ramai (iaitu) tidak sampailah kerajaan mahu penjarakan orang sekiranya salah guna cermin gelap,” katanya ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat kementerian di Dewan Rakyat.

Loke menjelaskan dakwaan di media sosial seolah-olah menggambar dan mentafsirkan kenyataan JPJ bahawa pemilik kenderaan yang ingkar peraturan penggunaan cermin gelap akan dipenjarakan.

“Itu sebenarnya tak betul,” katanya.

Pada 6 Okt lalu, JPJ mengingatkan pemilik kenderaan persendirian mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap dan mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan. JPJ berkata, peraturan diwartakan bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019) menetapkan kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin kenderaan yang dibenarkan adalah 70% bagi cermin hadapan, 50% cermin tepi sisi kiri kanan pemandu dan 0% bagi cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang.

Sementara itu, Loke menjelaskan hukuman bagi mereka yang ingkar peraturan penggunaan cermin gelap adalah dikenakan kompaun terlebih dahulu. Beliau berkata, dari segi undang-undang jika mana-mana pihak tidak mengikuti dan mematuhi peraturan jalan raya, mereka akan diberi peluang untuk membayar kompaun.

“Jika mereka tak bayar (barulah) boleh (dibawa) ke mahkamah. Itu ‘general’…hakikatnya apa dikenakan hanya kompaun,” katanya.
1698903697752.png
 
Back
Top
Log in Register