BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayar bil tapi masih tak dapat air

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Ampang: “Kami pun tak tahu sampai bila perkara ini berlanjutan kerana sudah tiga hari bekalan air tiada selepas dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS),” kata penduduk Apartmen Angsana, Fauziah Mohamad.

Fauziah, 42, berkata, situasi itu timbul apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) gagal menjelaskan bil kepada syarikat konsesi air berkenaan lebih tiga bulan lalu menyebabkan nilai tunggakan mencecah lebih RM11,000.


Katanya, pihak pengurusan tidak amanah dalam mengendalikan bil lebih 600 penduduk kerana rata-rata mereka membayar bil air selain elektrik dan kos penyelenggaraan.

Malah, lebih membimbangkan apabila penduduk mendakwa pengurusan mengenakan caj air yang melampau jumlahnya melebihi RM100 sebulan.


“Sejak JMB ini mengambil alih tugas di sini tiga tahun lalu kami dikenakan caj air yang melampau. Kami sering mengadu namun jawapan diberikan kemungkinan paip air atau meter perlu ditukar.


“Apabila saya sendiri menukar meter, masih tiada perubahan. Saya berasa pelik kerana saya tidak memasak langsung di rumah dan hanya menggunakan air untuk mandi dan mencuci pakaian apabila lebih separuh masa diluangkan di kedai makan berhadapan apartmen,” katanya ketika ditemui, semalam.

Fauziah mendakwa, penduduk juga tidak diberikan resit bayaran atas apa-apa urusan dan maklumat mereka tidak direkodkan secara terperinci menyebabkan dia mempunyai tunggakan walaupun bil sudah dijelaskan.


Sementara itu, Pengerusi JMB baru Apartment Angsana Datuk Aida Ismail ketika dihubungi semalam berkata, pengurusan lama menyerahkan akaun penduduk dalam keadaan tiada baki menyebabkan pihaknya buntu dalam menyelesaikan masalah itu.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayarbiltapimasihtakdapatair/Article/index_html
 
pix_gal1


pengurusan lama menyerahkan akaun penduduk dalam keadaan tiada baki menyebabkan pihaknya buntu dalam menyelesaikan masalah itu.

Macamana boleh tiada baki? So mana pergi semua duit dlm akaun pengurusan? Bukankah ada audit setiap tahun? Tak logik sungguh.
 
ini semua salah anwar.
hahhahahhahahha
 
maksudnya belum pakai meter individu ke?? rugi la camtu, klu guna meter individu dah bole dpt air free. ni mesti management nk makan duit, dia tak bagi tukar meter. kot la kan.... hehehe
 
leceh management ni..dlu duk apartment jiran ak pagi dh jerit2 maki2 air die kena potong sbb tertunggak rm18 je..klo ak pun hangin
 
Back
Top
Log in Register