ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Andansura (dua, kiri) membuat laporan kepada SPRM berhubung isu pengangkutan bauksit yang semakin tidak terkawal.
KUANTAN - Pemimpin pembangkang negeri ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa suruhanjaya itu menjalankan siasatan ke atas empat agensi kerajaan dalam isu pengangkutan bauksit yang semakin tidak terkawal.
Empat agensi yang dimaksudkan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, laporan berkenaan dibuat apabila aktiviti memunggah bahan mineral dilihat semakin tidak terkawal dan seolah-olah tiada sebarang penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkaitan.
"Saya minta SPRM menyiasat agensi yang mempunyai bidang kuasa dan peraturan mengawal kenderaan di atas jalan dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka serta memberi pengajaran kepada pengusaha agar mematuhi peraturan.
"Perkara ini sudah lama berlarutan, namun apa yang mengecewakan apabila tiada sebarang tindakan dan pemantauan dilaksanakan agensi berkaitan membuatkan lori," katanya ketika ditemui di Lobi SPRM di sini, semalam.
Menurutnya, kebanyakan lori mengangkut bauksit tidak menggunakan laluan yang dibenarkan kerajaan sebaliknya menggunakan laluan di kawasan Sungai Karang untuk ke Pelabuhan.
Katanya, laluan berkenaan digunakan kerana ia menjimatkan tempoh penghantaran iaitu sekitar tiga hingga empat jam berbanding menggunakan Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan bagi tujuan mengangkut.
"Lori ini mengejar trip disebabkan itu mereka menggunakan jalan yang lebih dekat walaupun tidak dibenarkan kerajaan. Dalam masa sejam saya lihat hampir 60 biji lori berada di kawasan itu (Sungai Karang ke Pelabuhan).
"Saya percaya perkara sebegini tidak akan berlaku jika adanya penguatkuasaan dan kawalan ketat dilakukan oleh pihak berkaitan. Kalau tiada pemantauan masalah sebegini tiada kesudahan," katanya.
Andansura menjelaskan lebih 10 buah syarikat pengangkutan daripada pelbagai negeri menjalankan kerja pengangkutan.
Tambahnya lagi, melihat situasi berkenaan menyebabkan beliau terpanggil untuk membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat secara telus perkara berkenaan.
"Masyarakat mahu tahu apakah punca sebenar sehingga pihak penguatkuasaan tidak menjalankan pemantauan terhadap lori yang menjalankan kerja-kerja pemunggahan itu.
"Malah lori ini juga dilihat telah melanggar arahan kerajaan negeri akibat tiadanya pengawasan daripada pihak bertanggungjawab," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap SPRM dapat siasat dan mencari punca sebenar kepada aduan ini yang kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
Dalam pada itu, Andansura memberitahu pegawai SPRM ada memaklumkan terdapat individu lain tampil membuat laporan yang sama sebelum ini.
"Jadi saya bukan orang pertama yang membuat aduan ini kerana ada segelintir masyarakat yang hadir membuat pengaduan berhubung isu bauksit," katanya.