BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batu bulan mungkin dicuri?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_08.1.jpg

GAMBAR fail menunjukkan batu bulan palsu di Muzium Rijksmuseum, Amsterdam, Belanda.

AMSTERDAM - Perhatian kepada negara-negara sedunia!

Adakah pemerintah negara-negara itu mengetahui di manakah batu bulan yang pernah diterima semasa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon pada tahun 1970-an?

Penemuan batu bulan palsu di sebuah muzium di Belanda sepatutnya menyedarkan lebih 130 negara yang menerima hadiah batu bulan itu.

Hampir 270 batu bulan yang dibawa oleh angkasawan-angkasawan AS diberikan kepada sejumlah negara oleh pentadbiran Nixon.

Namun, menurut beberapa pakar dan penyelidikan agensi berita AP, lokasi sebahagian batu bulan itu tidak diketahui.

"Tidak ada keraguan dalam pemikiran saya bahawa kebanyakan batu bulan sudah hilang atau dicuri dan kini menjadi koleksi peribadi," kata bekas penyiasat kerajaan yang mengendalikan projek mengesan harta bulan, Joseph Gutheinz.

Kajian AP melalui maklumat Jabatan Negara AS dan beberapa kedutaan AS pada 1973 menunjukkan batu bulan pernah dihadiahkan kepada pemerintah Switzerland, Belgium, Itali, Barbados, Perancis, Poland, Norway, Costa Rica, Mesir dan Nepal.

Pentadbiran Ecuador dan Cyprus antara beberapa negara yang mengaku tidak pernah mendengar batu itu walaupun pernah menerimanya. - AP
 
ni batu kryptonite ke, kah kah kah
 
batu tu palsu dan dah hilang?
urmm diorang tahu ke batu tu palsu ekekekke
 
Back
Top
Log in Register