BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batman ditahan curi duit pelancong

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki berpakaian superhero Batman ditahan di Times Square selepas mencuri AS$50 (RM210) dari seorang pelancong, lapor the New York Post.

Jose Escalona Martinez, 42, berpakaian seperti Batman dan bergambar bersama dua pelancong warga Ireland di Broadway berdekatan 44th pada jam 8.30 malam waktu tempatan dan didakwa meragut wang tunai dari salah seorang pelancong sebelum bertindak melarikan diri.

Bagaimanapun, superhero itu kemudiannya berjaya ditahan pihak berkuasa.

Escalona-Martinez akan didakwa atas tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Sementara itu, pihak polis sedang memantau aktiviti individu yang memakai kostum selepas beberapa kejadian jenayah dilaporkan.

Sebelum ini, Philip Williams, 38, yang berpakaian Darth Vader didakwa kerana secara haram memeras ugut bagi mendapatkan tips selepas bergambar dengan pelancong pada Disember lalu.

Malah pasangan yang memakain kostum Iron Man dan Minnie Mouse turut ditahan selepas memaksa pelancong memberi wang selepas bergambar dengan mereka dan turut mendakwa duit berkenaan akan disalurkan kepada tabung persekolahan kanak-kanak.

Pengkritik turut mengesa pengharaman ke atas watak-watak, tetapi polis berkata mereka mempunyai hak perlembagaan untuk berada di sana.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/batman-ditahan-curi-duit-pelancong-1.490044
 
Berani sungguh guna suit peminat tegar aku untuk buat jenayah, polis juga jadi hero.
 
Yg sporting spiderman kt malaysia je
 
the desperate batman
 
Yang penting Batman boleh kalahkan Superman. :D
 
Back
Top
Log in Register