BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bateri lori lesap waktu berniaga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Md Zani menunjukkan tempat letak bateri di lorinya yang sudah kosong.
< 1 / 1 >
KLUANG - Dua peniaga Pasar Tani menanggung kerugian apabila bateri lori milik mereka hilang ketika sedang berniaga di tapak pasar tani di Kampung Melayu, di sini, semalam.

Mangsa, Md Zani Sakirin, 40, yang berniaga sayur-sayuran terkejut apabila melihat bateri lori miliknya hilang walaupun kenderaannya diletak kira-kira 30 meter dari tempat dia berniaga.

Katanya, namun begitu, kenderaannya agak terlindung dari pandangannya kerana banyak kereta serta lori peniaga di letak di tempat sama.

Jelasnya, dia meletakkan lori sebelum memunggah semua barangan jualan kira-kira jam 7 pagi dan hanya menyedari kehilangan bateri itu kira-kira jam 10.30 pagi semasa ingin mengalihkan kenderaan itu setelah habis berniaga.

“Entah bila mereka melakukan kerja terkutuk ini, semua orang tak perasan walaupun tempat lori saya diletakkan, tempat pelanggan pasar tani tidak putus-putus lalu lalang.

“Lebih teruk, pencuri ini bukan sahaja melarikan bateri lori saya, malah sebahagian daripada wayar penyambung dan kunci turut dipotong,” katanya semalam.

Md Zani berkata, akibat kejadian tersebut dia mendapatkan bantuan rakan untuk memasang semula bateri baharu sebelum melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Mangsa, Abd Rani Che Pa, 50, yang telah menjalankan perniagaan pokok bunga dan pokok hiasan lebih kurang enam tahun lalu di pasar tani tersebut, kesal atas kejadian yang berlaku kepada lori miliknya.

Menurutnya, kejadian itu yang pertama menimpa peserta pasar tani di kawasan berkenaan dan tidak disangka boleh berlaku kerana kedudukan lori yang terlalu hampir dengan tempat mereka berniaga.

“Tidak tahu siapa melakukannya, namun kami percaya kejadian ini angkara perbuatan penagih kerana harga sebiji bateri terpakai hanya sekitar RM20 hingga RM30 sahaja.

“Akibat kejadian ini, kami terpaksa menanggung kerugian melebihi pendapatan jualan hari ini (semalam),” katanya.

Abd Rani yang turut membuat laporan kejadian di IPD Kluang berharap, rakan peniaga berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian itu tidak berulang.
 
bateri lori pn org sapu skang..
nmpk sgt rakyat malaysia makin terdesak..
tp anak wak maslan ckp..gts tak membebankan..
 
Ni mmg biasa. Member aku ada meniaga pasar tani. Biasanya kalau dia bukak gerai bateri kat lori dia bukak & simpan.
 
tu la mmg design lori mane2 beteri ni letak kt luar yek knape ek..knape x letak skali dlm enjin mcm kete,nmpak mcm mudah je nk rembat bateri ni..cube kalu kete bateri pun letak kt lua konfom bnyak kes ilang betri gak
 
Back
Top
Log in Register