BTC USD 81,346.5 Gold USD 4,030.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bateri kering vs basah

aq prefer bateri basah tu..
murah & tahan lama skit..
yg paling penting..
ada symptom / tanda2 sbelum nak kong..
kira "beradab" gak la bateri ni.. bg salam dlu.. :))

MF battery yg aq pernah guna seigt aq smua main kong je..
siot btul.. xbagi salam.. pastu timing kong mesti x ngam.. :))

Bateri kering bila betul-betul kong naya ooo nak cari pemilik kereta yang berbudi untuk tolong melonjakkan cas pada bateri untuk menghidupkan kenderaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah standby satu bateri basah dalam kereta sendiri bersama pelompat, berguna ketika saat-saat kecemasan.
 
batt kering ke MF bateri? hehe..

16471_Odyssey_PC1200LT-A_MG01-01.jpg

drycell battery utk odesey 1k harga..
 
Sebab apa bateri boleh jadi kong... kalau telefon kita tahu lah kerap guna telefon sambil caj bateri cepat rosak.

Kereta pulak mungkin sebab kerap guna aircon sampai tak bagi peluang bateri nak caj.

compressor aircond pki kuasa dr belting, xterlibat bateri.. and motor blower penggunaan elektrik rendah dr headlight..

kong mmg sbb dh spi usia..bateri keta pki masa nk start ja..

lpas dr tu hmpir semua ats alternator..byak start stop enjen, bateri akn cpat kong..

sbb tu klu teksi, kdi bateri bg tempoh waranti separuh je dr keta biasa sllunye..
 
aq prefer bateri basah tu..
murah & tahan lama skit..
yg paling penting..
ada symptom / tanda2 sbelum nak kong..
kira "beradab" gak la bateri ni.. bg salam dlu.. :))

MF battery yg aq pernah guna seigt aq smua main kong je..
siot btul.. xbagi salam.. pastu timing kong mesti x ngam.. :))

Betul tu . .
Bateri basah akan bagi warning sesiap.. . .
Bateri kering. . . Kereta trus takleh idup. . Menjajar cari bateri baru . . Nasib tak baik kena tow.
 
aper komen korg pasal bateri kete yg kering n basah??
mana lagi ok n berbaloi-baloi??
:D:D:D:)cgrock

kalau tak ada disiplin, ambil yg kering ajee, jika nasib baik 2 tahun lebih bertahan, org kata nak tahan lagi lama, pakai yg air, satu sahaja syarat utama, jgn bagi air kering. Insyallah lagi lama bertahan dari kering.

pengalaman saya yg lepas, setahun lebih terus kon pakai air. Kononnya nak ajar disiplin, isi setiap 3 bulan sekali air. Sekali lupa terus.

moral of story, kalau jenis naik kereta, malas nak fikir2 nak isi air, pakailah yg kering.
 
kering ke Maintenance Free? harap sila beri ketelusan hihihihi ^^
 
1. TERUSKAN MEMANDU

Bateri lebih kerap berada dalam tegangan tinggi untuk pemanduan jarak dekat. Ini kerana enjin dan komponen alternator tidak mampu atau tidak sempat mengecas semula bateri kepada kapasiti sepatutnya. Cuba lakukan perjalanan lebih jauh untuk memberi peluang kepada kereta mengecas semula bateri tersebut. Ataupun gunakan pengecas bateri luaran seperti yang ada di bengkel kereta.

2. SENTIASA MATIKAN KENDERAAN SEPENUHNYA

Kebanyakan kereta moden hari ini dilengkapkan teknologi penyuraian tenaga. Jika enjin dibiarkan dalam posisi ignition on tanpa dihidupkan sepenuhnya, bateri boleh ternyahcas dengan pantas. Lampu dan pemanas (kereta luar negara) juga menjadi ancaman terbesar kepada bateri, begitu juga port USB atau bekalan 12V yang mampu menyahcas bateri dengan lebih cepat.



Kesilapan atau kecuaian membiarkan lampu terbuka semalaman memang sudah diketahui umum sebagai punca utama kereta tidak dapat dihidupkan pada keesokan hari. Mesti sentiasa fokus dan jangan leka.

3. KURANGKAN TEGANGAN

Memijak klac bagi pemilik kereta manual ketika menghidupkan enjin mampu membantu mengurangkan tegangan bateri. Selain mengurangkan beban kerja menghidupkan enjin, cara ini juga mengurangkan beban ke atas bateri kereta.

4. PERIKSA BATERI

Sentiasa periksa bateri kereta ketika membuka bonet bagi mengenal pasti jika ada bahagian berkarat. Atau hantar saja diperiksa mekanik. Jika baru beli kereta terpakai, periksa manual untuk memastikan pemilik lama menggunakan jenis bateri betul untuk kereta tersebut. Bateri lama sudah semestinya perlu ditukar dengan bateri baharu.

5. PERIKSA SISTEM LAIN BERKAITAN BATERI

Jika masih ragu-ragu, gunakan bantuan pakar untuk memeriksa alternator, sistem penghidup, dan sistem pengecas untuk kereta dan bateri. Jika komponen itu sudah tidak dapat berfungsi baik, bateri berisiko terlebih cas, kurang cas atau tidak dapat dicas langsung. Semua faktor itu turut mempengaruhi jangka hayat bateri kereta.

6. SERVIS KERETA

Kenderaan yang tidak diselenggara baik juga dapat memberikan tegangan ke atas bateri, termasuk tayar yang tidak bergerak tanpa tekanan angin mencukupi hingga enjin yang dipaksa bekerja melampau batas. Kondisi bateri kereta lebih baik dalam persekitara panas berbanding sejuk.

7. KENALI TANDA AMARAN

Bunyi asing seperti 'klik' ketika menghidupkan enjin, paparan jam atau maklumat pada kluster meter semakin malap atau enjin berputar perlahan ketika dihidupkan ialah antara tanda amaran bateri sudah semakin lemah sebelum rosak sepenunnya.

8. JANGAN TERLALU MENCUBA

Sebuah bateri tidak boleh dicas semula sekiranya sudah rosak. Tidak perlulah terlalu mencuba kerana anda hanya akan membantu melemahkan kuasa bateri tersebut tanpa sebarang sebab. Situasi ini kerap berlaku pada bateri yang ternyahcas secara total.

9. UTAMAKAN KESELAMATAN

Jika kereta sudah tidak dapat bergerak ataupun rosak di kawasan tidak sepatutnya, seperti di tengah persimpangan, pastikan kereta ditolak atau ditunda ke kawasan lebih selamat.

10. SIAP SEDIA 'JUMP START'

Sewaktu kecemasan, anda mungkin perlu menghidupkan kereta menggunakan teknik jump start. Sentiasa bawa dan simpan kabel pelompat (jumper) dalam bonet dan belajar prosedur melakukannya.
 
kalau tak ada disiplin, ambil yg kering ajee, jika nasib baik 2 tahun lebih bertahan, org kata nak tahan lagi lama, pakai yg air, satu sahaja syarat utama, jgn bagi air kering. Insyallah lagi lama bertahan dari kering.

pengalaman saya yg lepas, setahun lebih terus kon pakai air. Kononnya nak ajar disiplin, isi setiap 3 bulan sekali air. Sekali lupa terus.

moral of story, kalau jenis naik kereta, malas nak fikir2 nak isi air, pakailah yg kering.

bukan bateri kering

tapi maintenance free

dlm tu masih ada cecair

nanti org fikir kering, biarkan bateri terbalik dlm keta plak, habis karat kereta nanti
 
utk keta lebih 5 thn pakai bateri size besar, memang mahal skit tapi tahan lama, tapi mcn keta kancil memang xleh buat kerana tempat bateri memang kecik
 
Den biasanya akan caj bateri tu dlm 6 bulan sekali dgn alat pengecas bateri kereta...kalau alat tu kata bateri ok x payah cas ler...alat pengecas akan mengecas bila bateri sudah lemah. Boleh lah tahan dlm 2 tahun jugak
 
Back
Top
Log in Register