ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Keadaan Basri selepas selesai dibedah.
ALOR SETAR - Keluarga Mohd Basri Basharudin, 19, kini boleh menarik nafas lega selepas pembedahan anak mereka lancar.
Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, mereka gembira dengan keadaan Basri yang lebih baik berbanding sebelumnya, malah bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sihat.
“Jam 6 petang kelmarin, akhirnya Basri dibenarkan keluar hospital. Kami bersyukur serta gembira kerana dia kelihatan sihat, dan kemudiannya terus membawanya pulang ke kediaman kami di Perlis.
“Walaupun Basri sudah selamat dibedah dengan bantuan dana dihulurkan orang ramai, namun kami masih memerlukan sejumlah wang untuk barangan keperluannya terutamanya susu khas dan lampin pakai buang,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, mereka percaya bahawa Basri akan sembuh, namun semuanya mengambil masa dan mereka tidak akan berputus asa membantunya supaya sihat semula.
“Di rumah, Basri gemar menonton televisyen dan mendengar radio. Saya percaya, ia boleh menjadi terapi kepada dirinya,” katanya.
Katanya, Basri kelihatan tenang apabila mendengar muzik terutamanya lagu seperti nasyid dan zikir, malah dengan persekitaran rumah yang tenang serta sunyi sepi, dia tidur dengan nyenyak sekali.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Mohd Basri boleh melakukannya melalui nombor akaun Bank CIMB (0902-0057-1525-29) mahupun menghubungi talian 012-5087526 milik Basharuddin Bakar.