BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Basic Pendinding Diri

sahastrara

Fun Poster
Messages
188
Joined
Nov 3, 2007
Messages
188
Reaction score
2
Points
15
Energy Amalan pendinding diri ini hadir dari pelbagai sumber antranya ialah

1- Energy daripada Cahaya Karomah Allah Ta'ala
2- Energy daripada Khadam dengan izin Allah Ta'ala
3- Energy daripada diri sendiri dengan izin Allah Ta'ala

Hamba mengupas serba sedikit berdasarkan pengalaman hamba yang tidaklah seberapa sekadar berkongsi kepada mereka yang mahu.

Energy daripada Allah datangnya sebagai maunnah (pertolongan) Allah terhadap manusia biasa disebabkan sifat Ar-Rahman terhadap hambanya yang disukainya.Adalah tiada sebab bagi Allah Ta'ala menzalimi hambanya. Allah Ta'ala itu hanya menguji Hambanya yang disukainya samaada sebagai penghapus dosa maupun untuk menaikkan taraf hambanya.

Energy daripada Allah datang sebagai Karomah Allah terhadap manusia Solahful Solleh atau Khowas bil Khowas. Tanpa mereka mempelajari sesuatu kaedah pun untuk mendapatkan Kelebihan tersebut.

Antaranya :
Golongan ini Dengan keizinan Allah Dapat mengarang buku dalam satu malam.
Khatam Al-quran beberapa kali dalam semalam.
Berjalan di atas air tanpa mempelajari apa-apa keilmuan atau aji-ajian.
Mempunyai masin mulut.
keberkatan mengikuti ke mana sahaja mereka pergi.dan banyak lagi yang tidak dapat dipikirkan manusia biasa melainkan yang telah melihat sendiri ataupun diberikan keyakinan oleh Allah.Dan pandai dalam perubatan adalah karomah yang diberikan di peringkat yang paling rendah sekali , Jadi apalah yang perlu dihairankan melainkan bersyukur kepada Allah Ta'ala

Energy dari khadam dengan Izin Allah. Khadam ini ada yang mengkategorikan Hitam dan Putih walhal mereka adalah dari kalangan bangsa Makluk ciptaan Allah yaitu Bangsa Jin.Hanya terjadi persilangan diantara bangsa jin dan manusia ini yang melahirkan new hybrid. Seperti Bunian , Dewa dan sebagainya. Bangsa bunian terbahagi pula kepada dua iaitu Bunian Bumi dan Bunian Atasan (menghuni bahagian Langit) dan semuanya berlaku atas kehendak Allah Ta'ala jua.

Amalan pendinding berkhadam ini diambil melalui pengamalan ritual tertentu maupun daripada barang-barang yang telah diisi seperti tangkal , Azimat , Wafaq , keris , Batu-Batu aneh ( Qul buntat, geliga naga , Batu telor , Buntat dan sebagainaya)

Berdasarkan firman ALLAH TA'ALA tidaklah boleh kita mengambil pertolongan dari bangsa jin kerana itu hanya menambahkan kesesatan kita dan keangkuhan mereka.

Bangsa melayu terdahulu banyak menggunakan khadam-khadam ini tidak kira dari golongan jin yang ingkar kepada Allah maupun Golongan jin islam yang telah beriman kepada Allah. Setelah golongan jin itu beriman kepada Allah maka Allah akan tambahkan nur kepada mereka dan perindahkan rupa mereka sehingga mereka menjadi bangsa jin yang di naikkan peringkat mereka oleh Allah Ta'ala . Golongan Bangsa ini menolong tanpa diminta hanya ikhlas beribadah kepada Allah.

Allah berfirman tidaklah aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepadaku sahaja.
Guruku pernah berpesan Bangsa jin tidak dapat menyeberang ke Dunia manusia lantaran dijaga rapi oleh Para Malaikat melainkan Bangsa ini di panggil oleh seseorang manusia dengan kaedah-kaedah tertentu ( sihir) na'udzubiilah hi min zalik. Semoga Hamba dan Para Pembaca di lindungi dari perbuatan tersebut

Jadi jelaslah kita tidak boleh mengambil khadam atau dampingan untuk sesuatu tujuan bahkan itu hanya merosakkan aqidah kita.

Energy daripada diri sendiri dengan izin Allah Ta'ala adalah berdasarkan keilmuan mengenal diri yang bersumber dari pelajaran islam murni. Menjalankan Syari'at , Tareqat ( jalan Solahfusolleh terdahulu yang mempunyai sambungan kepada Rasullallah S.a.w) , yang bakal meningkatkan makrifat ( mengenal Allah ) dan mendapat Hakikat ( hakikat Allah)

Keilmuan ini berkait rapat dengan kerohaanian kita.apabila mata hati sudah terbuka Qolbu telah hidup tasbih diri mula bergerak insya'Allah energy diri bakal terpancar. Bab ini amatlah mendalam dan perlu berguru kerana kirannya kita salah dalam mendalami Hakikat Diri kita bakal kecundang dan terbuka kepada pelbagai anasir yang tidak baik justru merosakkan diri kita yang dalam boleh jadi pengamal menjadi tersesat akal lantaran rohnya rosak.

Guruku pernah berpesan Padamkan Api ( Amarah ) matikan Bara ( Nafsu ) hidupkan Cahaya ( Nur ).
Cahaya ( Nur ) pelita ( Diri ) itu dinyalakan oleh minyak zaitun ( zikir) sungguh hebat didikan orang dahulu kala sehingga membuat otak ini mencari makna Alhamdulillah.
 
bannerkursusrhs2.jpg


KINI ANDA JUGA MAMPU BERGELAR PENGAMAL REIKI DALAM TRADISI REIKI HIKMAH SUFI.

Reiki merupakan seni penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta bagi merawat dan menyeimbangkan sistem aliran tenaga tubuh dalaman manusia dengan cara sentuhan mahupun pancaran.

Belajar reiki amatlah mudah, tidak ada syarat khusus untuk mempelajarinya. Dan belajar reiki ini terbuka kepada semua agama, bangsa, lelaki, perempuan, kanak2 mahupun dewasa. Dengan diawali dengan niat yang jelas, tulus, santai, pasrah beserta dengan penghayatan, energi reiki mengalir mengikut ‘cara’nya sendiri.

Tidak perlu difikirkan cara energi reiki bekerja selepas itu, hanya pasrah. Ianya juga boleh disertakan dengan bacaan atau wirid2 tertentu dari ayat al-Quran. Secara tak langsung keilmuan ini dapat menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT, insyaAllah dan nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkatkan rasa kepercayaan pada diri sendiri.

Reiki Hikmah Sufi adalah gabungan dari Hikmah Penyembuhan Ilahi dan Reiki Sufi di mana kedua2nya menggunakan simbol. Jadi Reiki Hikmah Sufi setelah digabungkan tidak lagi menggunakan sebarang simbol yang merumitkan…

Reiki Hikmah Sufi (RHS) ini ada 7 level + ‘Band Energi Unlimited’. Energi Reiki Hikmah Sufi tinggi dan kuat tetapi dingin dan nyaman. Jika sering mengalirkan energi Reiki Hikmah Sufi, dapat membuatkan chakra mahkota dan chakra jantung lebih membesar dan bersih hingga ke akar intinya. InsyaAllah.

Kelebihan pada Reiki Hikmah Sufi adalah dapat mengakses sendiri ‘band energi’ iaitu tahap advance utk meningkatkan lagi getaran energi Reiki Hikmah Sufi sehingga puas kerana ianya unlimited/tak terbatas… Boleh diakses selepas tamat attunement Level 7.

Reiki Hikmah Sufi ini lebih kepada ‘kejiwaan’ kerana chakra jantung adalah kekuatan bagi pengamalnya manakala chakra mahkota menjadi semakin besar dan bersih.
 
Salam.

Sempena bulan Ramadhan nanti, saya berbesar hati menawarkan rawatan reiki hikmah sufi jarak jauh secara PERCUMA kepada para pengunjung blog reiki ini. Rawatan dilakukan sepanjang bulan Ramadhan, insyaAllah.

Untuk mendapatkan rawatan / energi penyembuhan REIKI secara jarak jauh:

1. Isi BORANG PENDAFTARAN
2. Sessi rawatan: SEPANJANG RAMADHAN (InsyaAllah).
- 20min /sessi.
3. Masa: Jam 11 malam.

Apa yang perlu anda buat semasa sessi rawatan?
a) Baring dan tenang. Letakkan segelas/sebotol air di sebelah anda.
b) Istighfar sebanyak2nya. Mohon kepada Allah disembuhkan penyakit.
c) Selesai sessi rawatan 20min, minum air tadi.
d) Sila buat catitan 3 hari sekali dan emel kepada saya.
e) Ulangi (a-d) setiap kali sessi.

Kepada yang peka akan merasakan sesuatu yang kebiasaanya panas, sejuk, suam2, seperti arus elektrik kecil dan sebagainya. Kalau tak rasa pun, tenang saja.

Sekiranya sudi dapatlah kiranya sebarkan kepada seberapa ramai orang untuk mendaftar bagi mendapatkan rawatan reiki secara percuma ini.

KLIK DI SINI - BORANG PENDAFTARAN
 
Banyaknya thread Reiki ni dan akhirnya bertuju kepada rawatan secara percuma...mantap tu. Mudah mudahan TT diberkati Allah SWT di bulan yang mulia ni.
 
Banyaknya thread Reiki ni dan akhirnya bertuju kepada rawatan secara percuma...mantap tu. Mudah mudahan TT diberkati Allah SWT di bulan yang mulia ni.

Alhamdulillah pada tahun ini Master syed dengan berbesar hati membuat rawatan percuma jadi sebagai pengamal reiki saya juga turut serta dalam acara rawatan. Tahun lepas beliau buat attunement percuma hehe...Tuan isi borang dan nyatakan hajat :D
 
Back
Top
Log in Register