BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas terputus dua dirempuh kereta api barang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
bas-dirempuh-viral.jpg

Keadaan bas yang terputus dua selepas dirempuh tren di negeri Atlacomulco semalam. - Shutterstock

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, manakala 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh bas dua tingkat yang berhenti di tengah landasan di Mexico, lapor akhbar New York Post semalam.

Nahas berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kawasan kilang dalam negeri Atlacomulco, kira-kira 128.74 kilometer dari barat laut Bandar Raya Mexico.

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @MeganoticiasTol menunjukkan bas itu sedang melintas landasan sebelum ia dirempuh kereta api barang.

Hentakan yang kuat menyebabkan bas yang membawa penumpang itu terputus dua, manakala bumbungnya tercabut.

Berdasarkan klip video, tiada pagar atau isyarat yang menandakan tren tersebut sedang menggunakan landasan.

Pejabat Pendakwa Negeri berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register