BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas Terjunam Longkang, Enam (6) Cedera

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
20.05.2018 - Pulau Pinang, Seorang pemandu dan lima penumpang cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Permatang Manggis, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, bas yang datang dari arah Taman Teluk Air Tawar Indah itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor, berkata bas terbabit turut melanggar tiang elektrik sebelum masuk ke dalam longkang berhampiran.

"Pemandu bas terbabit yang berusia 32 tahun cedera di dahi dan bahu kanan serta masih tidak sedarkan diri, manakala seorang penumpang berusia 29 tahun pula luka di siku kanan serta sakit di pinggang. Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Kepala Batas.

"Empat lagi penumpang berusia 20 tahun hingga 62 tahun pula cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

9da179b4b03bbce6eeedd1c7715db3ec.jpg


d4931ff75c5c0f456e4bc46f752bd8f0.jpg


95bdce3296b8b0f37fd11e74956beb8b.jpg


b868ad61a9cd6571ba8161d7b5ba8807.jpg


8ab90baff8a70a39d5857560e0633a81.jpg


812c6f490efad37b59168bfe29a1923a.jpg


14c559688641744444f277531db1c6d7.jpg


5827f45c41cf7df149d790bc45c6118f.jpg


a96726cfad10063fdf1f59de54a6eedb.jpg


ca55f3cba5b8565c0ba52e0f90e7f033.jpg


4313926164e13a3bb681cae95b88906f.jpg


f05707ee11418d73238720eba2aa2e4c.jpg


945cddd8cf44e611bb3b311eede63e5b.jpg


37f7f31b0fc2db78af30b5297ab7515e.jpg


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/428081/6-cedera-bas-terjunam-dalam-longkang
 
Takziah mangsa. Bole jadi tukun dalam longkang tu.
 
patut bawak bas amphibia mcm kat terengganu tu..boleh guna darat dan air
 
takziah.

elok pulak ngam bas dengan longkang besar tu
 
Semoga cepat sembuh. Cedera dalaman ke pemandu tu sampai x sedar lagi?
 
Back
Top
Log in Register