eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Seramai 25 penumpang yang baru selesai bercuti di Genting Highlands menempuh pengalaman mencemaskan apabila bas persiaran dinaiki terbalik ketika menuruni cerun di Kilometer 31.1, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dekat sini, hari ini.
Kemalangan berlaku pada pukul 4.30 petang ketika bas itu yang dipandu Atan Muhamad, 44, dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor.
Berikutan kejadian itu, tujuh mangsa termasuk dua warga emas cedera parah manakala 11 lagi cedera ringan.
Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
Kemalangan dikatakan berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat ketika itu.
Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di lorong kiri lebuh raya itu.
“Polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk melihat daripada aspek kecuaian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, menurut Atan yang hanya mengalami cedera ringan, dia gagal mengawal bas kerana keadaan jalan yang licin.
“Saya tidak pandu laju. Bagaimanapun, jalan ketika itu sangat licin dan tiba-tiba ia gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan lalu terbalik.
“Sebaik sahaja bas itu terbalik, saya segera menyelamatkan diri keluar dari bas untuk membantu penumpang lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Tan Sin Ni, 23, yang bekerja di Genting Highlands pula bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ini.
“Saya duduk di baris keempat tiba-tiba terasa bas seperti terhuyung-hayang. Ketika itu juga saya dengar penumpang lain menjerit ketakutan.
“Saya ingat kami semua akan maut dalam kejadian ini, mujurlah semua selamat,” katanya yang hanya mengalami luka ringan dan menarik nafas lega ketika ditemui di Hospital Selayang.