BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas ekspres tiba-tiba terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota bomba memeriksa bas terbakar selepas api dipadamkan dalam kejadian tengah malam kelmarin.
< 1 / 1 >
JELI - Dua pemandu dan 45 penumpang terselamat daripada maut apabila sempat keluar dari sebuah bas ekspres yang tiba-tiba terbakar di Batu 17, Lebuhraya Timur Barat berhampiran Hentian Damai, dekat Jeli, awal pagi semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika bas ekspres dua tingkat terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Kedah.

Tindakan pantas pemandu bas itu, Zulkifli Ramli, 36, mengarahkan semua penumpangnya turun selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di bahagian enjin berjaya menyelamatkan kesemua penumpang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Soleh Nasir berkata, kebakaran menyebabkan bas Shamisha Ekspres itu hangus selepas api membakar keseluruhan kenderaan berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika bas dua tingkat daripada model terbaharu ini sedang mendaki bukit apabila pemandu menyedari lampu pengesan api di bahagian enjin menyala.

“Pemandu kemudian cepat-cepat memberhentikan bas dan meminta semua penumpang turun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Soleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah malam dan sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 12.50 tengah malam, api sudah merebak hampir keseluruhan bas.

“Api dipercayai berpunca dari bahagian belakang yang menempatkan enjin sebelum merebak ke seluruh bahagian bas, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bas-terbakar-1.189656
 
ptotla tgk gmbr tinggi beno rupanya double decker..moden berteknologi ni kt enjin ada api pun kua lampu indicator
 
habis tinggal rangka jer....
 
ramai penumpang..Alhamdulillah semua selamat..
 
ni smalam kan?.. kesian ade yg xsempat ambil barang...
 
ptotla tgk gmbr tinggi beno rupanya double decker..moden berteknologi ni kt enjin ada api pun kua lampu indicator

enjin turbo nie..biasalah klau ekzos manifold nie mesti berbara..

jadi pengesan api diletakkan...:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register