hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
Bas ekspres rempuh penghadang tol
IPOH - Seramai 16 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan tersebut merempuh penghadang tol di Tol Jelapang di sini petang tadi.
Bagaimana pun, kejadian itu menyebabkan empat mangsa mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa.
Difahamkan, bas yang datang dari utara itu susur keluar dari Tol Jelapang untuk ke Terminal Amanjaya.
Rempuhan menyebabkan cermin hadapan bas pecah.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.08 petang.
Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dikejarkan ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang iaitu enam lelaki dan 10 perempuan.
"Empat mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut," ujar jurucakap tersebut.
Anggota bomba bertindak membuat pemantauan di lokasi kejadian dan bagi memastikan semua dalam keadaan selamat.
Operasi yang diketuai PBK II Mahmud Azaddin itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.18 petang. - Perak Gazette
Gambar bomba perak