BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Baru Jatuh Cinta ~

macam mana boleh anak lawa nih....aduihhhhhh............~X(~X(~X(~X(

Lah..Tak baek tau cakap camtu:)

Tulah pijoe ni bagi awak petua..Kalau nak anak perempuan awak cantik sangat muka dia pastikan bapak dia handsome gila. Kalau nak anak lelaki awak Handsome sangat pastikan dapat isteri yang cun dan please reject muka yng tak cun, berjerawat batu dsb.

Tetapi kalau dua dua suami isteri sepadan bagai pinang dibelah dua apa anak keluar sure good looking one. :D
 
ade tips utk dpt anak cun n hensem la pulak
:)):)):)):)):eek:
 
comey cun melecun tp klu perangai cam setan watpe....
 
Transformasi Diana Danielle

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]


hi_01.1.jpg

IMEJ baru... Rambut 'baru' Diana yang
dipotongnya sendiri, pendek melepasi bahu.


SAAT melangkah pergi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada pertengahan Mac lalu, dia mengalirkan air mata.

Bukan kerana takut dipulaukan atau menerima latihan keras seperti yang digembar-gemburkan tetapi kerana itulah kali pertama dia berpisah lama dengan ibunya, Norsiah Ramli.

Ironinya, selepas tiga bulan menjadi penghuni Kem Princess Haliza, Sepang, pemilik nama sebenar Diana Danielle Beeson, 18, itu mengakui ada 'hikmah' yang tersembunyi di sebalik perpisahan itu.

Mengakhiri latihan PLKN pada petang 7 Jun lalu, selain belajar menjadi remaja yang lebih bermotivasi, akui Diana dia turut mempelajari tentang 'erti' hidup berdikari.

Sebelum ini, bukan dia tidak pandai menguruskan diri sendiri, tetapi dalam banyak perkara, usia remajanya masih memerlukan perhatian dan jagaan daripada ibunya.

Ketika ditemui di Cozy Restaurant, Great Eastern Mall, Ampang baru-baru ini, keriangan jelas terpancar di wajah gadis kelahiran Houston, Amerika itu.

Mengenali Diana, ternyata terdapat beberapa perbezaan pada penampilan gadis ini sekembalinya dia dari program tersebut.

Kelihatan sedikit berisi, kata Diana jadual makan sebanyak enam kali sehari membuatkan dia tidak boleh mengelak.

"Saya memang tak boleh nak kawal, lagipun makanan yang disediakan semuanya sedap. Tengok badan saya, dah naik tujuh kilogram," kata Diana sambil berseloroh, ketika ditemui sehari selepas menamatkan PLKN.

Menurut Diana, dia membelanjakan hampir RM300 sebulan untuk membeli barangan keperluan di kedai berhampiran kemnya termasuk membeli mee segera untuk dijadikan penggalas perut ketika kelaparan di waktu malam.

Sekali imbas, memang tiada langsung cacat celanya pada penampilan gadis berambut perang itu.

Berbeza dengan penampilannya sebelum menyertai PLKN, kini rambutnya dipotong pendek melepasi paras bahu.

Dalam diam, rupa-rupanya ada cerita di sebalik rambut pendeknya itu.

"Saya potong sendiri rambut saya kak, belah tengah kemudian potong sama rata kiri dan kanan," cerita Diana sambil melakonkan aksi dia memotong rambutnya.

Tidak tahan dengan cuaca panas dan udara tepi laut, dia mencari keselesaan. Memotong rambut adalah keputusan yang paling tepat.

Kalau boleh, dia tidak mahu pergerakan serta aktiviti yang disertainya di kem tersebut terbatas kerana ketidakselesaan.

Dan bagi Diana sendiri, tiada salahnya berkorban rambut asalkan keseronokan menjalani aktiviti yang dianjurkan tidak terhalang.
 
Mak dia rupa macam maid aku jer...
 
memang beza muka dia ngan mak dia:-?:-?
ikut muka ayah dia kot
memang cun diana nih..mesti budak2 PLKN berebut2 nak kwn ngan dia
 
Back
Top
Log in Register