BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Zaman Moden

Islam menetapkan tugas dan peranan utama dalam keluarga adalah tanggungjawab bapa. Kita kerap diingatkan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
" Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani ataupun Majusi".

Ternyatalah bahawa berjaya atau tidaknya seorang anak itu menjadi insan kamil bergantung kepada didikan kedua-dua ibubapa. Mungkinkah tanggungjawab yang berat ini dapat dipikul dan dilaksanakan oleh seorang ibu secara bersendirian.

Bapa juga berperanan dalam pembentukan akhlak anak-anak. Al-Quran sendiri telah mengutarakan kisah Luqman Al Hakim - seorang bapa yang menasihati anaknya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, tidak menyekutukannya, berbakti kepada ibubapa, menangkis arahan yang bercanggah dengan syariah, menghayati balasan yang baik dan buruk, tunaikan solat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sentiasa bersabar dan jangan sekali-kali bersikap sombong. Ayat dalam surah Al Luqman ini sering kita baca tetapi berapa ramaikah bapa yang mengambil manfaat dan meniru perbuatan Luqman ini?

Oleh itu sebagai seorang bapa, didiklah anak-anak untuk mentaati perintah Allah sejak kecil lagi kerana ketika anak masih kecil fitrah mereka asalnya bersih. Tidak menjadi masalah besar untuk mereka diajar mematuhi perintah tuhan. Apabila sudah meningkat remaja, tidak sukar untuk menyuruh mereka menunaikan perintah solat dan menutup aurat kerana telah dibiasakan dengan syariat islam sejak kecil dan ia telah menjadi suatu budaya hidup mereka.

Dalam usaha memantapkan kefahaman Islam dikalangan anak-anak, ketua keluarga hendaklah mewujudkan persekitaran agama didalam rumahtangga. Diantara perkara yang boleh dilakukan termasuklah:
*
Memperbanyakkan koleksi buku agama; ketua keluarga seharusnya memperbanyakkan koleksi buku-buku agama dirumah dengan mengadakan perpustakaan mini dirumah dan memberi perhatian khusus terhadap bacaan bacaan berunsur agama selain bahan bacaan yang lain. Ilmu agama dan akademik mempunyai kepentingan yang sama. Ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tetapi yang lebih utama ialah penghayatan terhadap ilmu agama itu sendiri. Ilmu akademik membekalkan manusia dengan kemahiran dan teknologi untuk membina pembangunan dunia manakala penghayatan terhadap ilmu agama akan membentuk individu bertaqwa, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Dengan erti kata lain akan lahir seorang individu yang bekerja keras untuk kehidupan dunia, membangunkan tamadun dunia. Namun hatinya tidak terlekat atau terleka dengan kehidupan dunia itu sendiri.
*
Minat kepada ilmu agama; dengan membawa anak-anak ke pesta-pesta buku buku islam, mendedah-kan mereka kepada ilmu agama dalam pelbagai bentuk seperti konsert nasyid, kaset, VCD, bahan-bahan multimedia yang lain, khemah ibadah, program-program keagamaan seperti sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Tilawah Al Quran dan sebagainya.
*
Program peningkatan ilmu agama; bawalah anak-anak menghadiri program yang boleh meningkatkan ilmu agama seperti kuliah fardu ain di masjid. Bagi yang berkemampuan bawalah anak-anak menziarahi tempat-tempat peninggalan sejarah Islam dan tempat yang membawa kepada keagungan dan keunggulan Islam. Tujuannya adalah untuk mendapat pengajaran yang tersurat dan tersirat daripada sesuatu tempat itu

Selain usaha dan peranan yang telah dilakukan, sebagai ketua keluarga seseorang bapa hendaklah sentiasa berdoa kepada allah S.W.T agar sentiasa membekalkan petunjuk, hidayah dan rahmat yang diberikan keatas anak, isteri dan keluarganya. Berdoalah dengan penuh kesungguhan dan pengharapan.

Selain daripada itu mohonlah agar kita dan keluarga kita dimatikan dalam khusnul khatimah ( sebaik kesudahan ) dan jauhkan daripada suul khatimah( seburuk kesudahan ).

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik sebaiknya sejak kecil lagi supaya apabila besar kelak ia menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Menjadi kewajipan kepada setiap ahli keluarga mengamalkan nilai murni dan ketua keluarga hendaklah konsisten dalam mendidik anak-anak agar sentiasa mengamalkan perintah dan menjauhi larangan Allah. Mereka ibarat kain putih dan ibubapalah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup islam.
 
salam seme bapa2 moden...malam tahun baru nih perhati2 anak masing2.
 
sejak den nganto dan ngambik anak2 sekolah 1-2 taun nih, ramai gak kaum bapa yang nganto dan ngambik anak2. nampaknya kaum bapa zaman ni mmg sgt utamanakn pendidikan anak2. x lepas pada kaum ibu sorang ja, caring pada anak2 pun nampak besh aje...harap2 kerjasama cam ni berterusan.
 
hmm... tiba2 teringat arwah ayah aku...
 
bapa moden kena ada fb/twitter
 
apa yg penting kerjaaasama..hehe

betul sangat tu...mmg sebagai lelaki/bapa ni kena tolak tepi egois lelaki. utamakan kehidupan keluarga. moga kerjasama yang bagus suami isteri blh melahirkan anak2 yang jadi 'harta' untuk tiket ke syurga insyaallah...amin
 
Back
Top
Log in Register