BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Zaman Moden

Jaga anak sambil memorex..
net02.jpg
 
ade x kaum bapa kt sini anak ramai...7/8 orang ke atas?...penin jg nak didik anak2 ramai ni ye...den ni baru 5 org...hajat nak 6 orang anak,....tu yang nakminta nasihat dari otai2
 
panduan dan peringatan berguna tuk bapak2
 
Keruntuhan institusi kekeluargaan berkait dengan kepincangan peranan sebagai ketua keluarga

MENATAP atau membaca laporan di media mengenai kerakusan bapa yang sanggup menodai anak kandung sendiri bukan saja menimbulkan perasaan marah tetapi cukup menggerunkan. Dalam zaman serba maju dan sudah bertamadun, mengapakah ada bapa yang bersifat umpama haiwan sehingga tergamak mencemar darah daging sendiri tanpa belas kasihan.


Bagaimanapun, kisah bapa bertindak sebagai haruan makan anak, hanya selingkar masalah yang memperlihatkan wujudnya kepincangan peranan bapa masa kini. Jika disingkap satu persatu isu mengenai lelaki bergelar bapa, pasti akan semakin menimbulkan lagi perasaan gusar dan kecewa.

Kisah lebih dahsyat apabila ada kes bapa, tergamak membunuh anak dan isteri akibat dipengaruhi masalah ketagihan najis dadah yang tidak dapat dibendung lagi. Itu belum lagi membuka fail kes mahkamah mengenai bapa yang bersikap lepas tangan untuk memberi nafkah kepada anak, kaki judi, ada perempuan simpanan, mendera anak dan isteri.

Walaupun tiada statistik sahih, masyarakat harus menerima kenyataan bahawa semakin ramai bapa hari ini kecundang melaksanakan tanggungjawabnya, sekali gus usaha melahirkan masyarakat sihat dan penyayang menjadi kelam kerana peringkat akar umbinya sudah tercalar.

Jika dulu, bapa sering menjadi idola kepada anak tetapi kini jarang lagi dibanggakan. Inilah antara kesan jelas dilihat apabila kebanyakan bapa tidak lagi melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan peranan sebagai ketua, pemimpin dan pelindung keluarga
.
 
Nak lg. syok kita hayati artikel tajuk AYAH LUPA ini..

Dengarlah, anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan didahimu yg lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam2 aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, seaktu aku membaca suratkhabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatanggi oleh rasa kesal yg amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berceramuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. ku menbentakmu sewaktu kamu memakai pakaian utk. pergi ke sekolah krn kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku mrah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu ditas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang2. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yg kamu sapukan pd roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi main dan aku mahu pergi bekerja, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "Selamat jalan, ayah!" Dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!"
Pada waktu petang berulang lg. perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai dijalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu dihadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku.
Sarung kaki itu mahal- dan sekiranya kamu membelinya dgn wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku ingatlah bahawa kata-kata ini adalah drpd seorang ayah!
Ingatkah kamu, waktu aku membaca dibilik bacaan, kamu dtg dgn ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membac, kamu ragu-ragu berada dipintu. "Apa yg kamu mahu?" sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlri ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tanganmu mungilmu merengkuh dgn kelembutan yg diberikan oleh tuhan dlm dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yg sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkt atas.
Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yg aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku merasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yg merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiah aku kpdmu sbg anak lelaki. Itu bukan krn aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dgn ukuran yg berlaku pd masaku.
Dan demikian byk yg baik dan lembut serta benar dlm perwatakanmu. Hatimu yg kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat mlm. Mlm ini, hanya kamu yg aku fikirkan, Anakku. Aku telah berada dikatilmu dlm kegelapan dan aku berlutut di situ, malu krn diriku sendiri.
Ini memang suatu penyesalan yg lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu dgnmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, klu ada kata-kata yg kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan: Beliau masih kanak-kanak, Anak kecil!" Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak2. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut ter lalu banyak, terlalu banyak. :D:D:D
 

kat bawah ni sedikit tips utk menangani anak2 yang nakal.

Untuk menangani anak nakal.Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya

3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

moga saya diberi kekuatan olehNya dapat amalkan tip2 di atas. amin...
 
Back
Top
Log in Register