BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa temui anak tergantung

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mayat tiba di Hospital Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam untuk bedah siasat.
< 1 / 1 >
KEMAMAN - Seorang pembantu kedai makan berusia 21 tahun ditemui bapanya dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam bilik tidur, kira-kira jam 10 pagi semalam.

"Kejadian itu dipercayai berlaku di rumah mereka di kawasan Rumah Murah Bukit Kuang, Kijal selepas mangsa berselisih faham dengan isterinya.

Ketika ditemui bapanya yang berusia 48 tahun, lelaki itu sudah meninggal dunia.

Lelaki itu bersama isteri yang dikatakan berusia 19 tahun dan anak tunggal mereka yang masih bayi, tinggal bersama ibu bapanya.

Bahkan, isterinya turut bekerja sebagai pembantu kedai makan di tempat sama dengan lelaki itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, lelaki itu terkejut apabila mendapati isteri dan anaknya tiada di rumah selepas dia bangun tidur.

Sebelum itu, mereka dipercayai berselisih faham hingga isterinya pulang ke rumah ibu bapanya sendiri.

Mayat lelaki itu tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan kejadian.
 
stress je bunuh diri, stress je bunuh diri.

besar mana masalah xtau la
 
mudahnya ambil penyelesaian, semoga dijauhkan dengan perkara seperti ini.
 
islam ke ni?kalau islam neraka jahanamlah tempatnya,sedih betol!
 
innalillah..
klu kes bunuh diri ni, mmg la pendek akal sgt..
 
Back
Top
Log in Register