BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa jadikan anak tebusan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
21895184_10209365443683984_154657543_o.jpg.transformed.jpg

LELAKI yang mengamuk dan mengugut mencederakan anaknya dengan parang di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya, ditahan polis petang tadi. - Foto ihsan PDRM

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menjadikan anak perempuannya berusia dua tahun sebagai tebusan di rumahnya di Kampung Bintawa Hilir di sini, petang tadi.

Suspek berusia 33 tahun itu bertindak demikian ketika polis dan penduduk kampung cuba menenangkannya yang mengamuk menggunakan parang.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang lelaki mengamuk pada jam 5.45 petang.

Berikutan itu, sepasukan anggota kereta peronda bersama seorang pegawai dikejarkan ke lokasi.

Apabila pasukan itu tiba di lokasi, mereka mendapati lelaki terbabit menahan anaknya sambil meletakkan parang di leher budak itu.

"Anggota kami cuba memujuk namun lelaki itu terus mengancam akan mencederakan anaknya jika polis atau penduduk kampung cuba memasuki rumah," katanya.

Abang Ahmad berkata, selepas usaha memujuk lelaki itu supaya melepaskan anaknya dan menyerah diri tidak diendahkan, polis terpaksa bertindak menggunakan 'taser gun' untuk melemahkannya.

"Lelaki itu berjaya ditahan manakala anaknya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak," katanya.

Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu mengalami gangguan mental selepas bercerai dengan isterinya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/328248/bapa-jadikan-anak-tebusan
 
sakit mental..no komen.
kadang masyarakat kita ni suka sorokkan ahli keluarga yg ada sakit mental sbb malu dgn org sekeliling..
xmau bwk gi spital utk rawatan dan x kurang gak yg kata kena buatan org dan lebih suka pg bomoh..
 
Tekanan sebab cerai or kena cerai sebab mental
 
orang yg tak tahan tekanan ni selalunya jenis tak sembahyang..
pandangan aku jer,,:-?
 
Back
Top
Log in Register