BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa bina robot Bumblebee untuk anak

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
01wang.transformed.jpg

WANG bersama Bumblebee bersaiz sebenar ciptaannya.

BEIJING: Seorang bapa di China mungkin layak digelar 'bapa terbaik' selepas membina watak robot Bumblebee berdasarkan filem Transformers bersaiz sebenar untuk anak lelakinya.

Robot buatan sendiri itu kini berada di laman rumah dan kelihatan seperti bersedia menembak roket dan melawan kejahatan.

Akhbar People's Daily Online melaporkan, ia bermula apabila Wang Liansheng, seorang jurukimpal dari kampung Jiangsu, barat China membawa anaknya menonton filem Transformers: Age of Extinction pada Ogos 2014.

Wang membelikan anaknya patung mainan Transformers kecil namun anaknya mahukan robot lebih besar yang tidak mampu dibelinya.

Wang mengambil serius permintaan anaknya dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang bukan semua bapa mampu lakukan, membina replika Bumblebee, robot kuning Transformers dengan tangannya sendiri.

Beliau mengumpul barangan buangan kereta daripada kilang tempatan dan pusat kitar semula sebelum memulakan misinya itu yang mengambil masa hampir setahun.

Akhirnya, impian kanak-kanak lelaki yang mahukan watak Transformers bersaiz sebenar menjadi kenyataan.

Robot Bumblebee tiga tan berdiri dengan ketinggian lima meter dan lebar tiga meter. Wang kini membina replika bersaiz sebenar Optimus Prime, satu watak fiksyen utama Transformers.

Beliau merancang untuk menukar hobinya kepada perniagaan.

"Robot pertama adalah janji kepada anak lelaki saya, robot seterusnya untuk kerjaya saya. Saya bercadang untuk membuka syarikat sendiri dengan tujuh ke lapan pekerja," katanya dalam temubual kepada akhbar. - AGENSI


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78761
 
untung anak dia dpt ayah yg mampu bgi apa yg dia nak.. respectt
 
tak nmpk rupa camaro pun.
Jgn bila transform jadi alado cherry sudah
 
walaupun xder ruper bumblebee but good effort...
 
camaro clone kot. China kan suka klon kereta. Mcm range rover evoque telah di klon menjadi Land Wind X7
 
bapa terbaik ni..good effort...
err aku harap anak aku nanti jangan mintak bukan2 dah lah..
 
xde video ke tt..boleh gerak2 ke bumblebee tu
 
Back
Top
Log in Register