ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PUMA Energy, sebuah syarikat tenaga hiliran dan pertengahan bersepadu global akan meluaskan opsyen pembekalan bitumennya untuk keperluan pasaran Asia menerusi pembukaan terminal Bitumen Langsat hari ini.
Pengurus dan Ketua Bitumen Puma Energy Global, Jonathan Ellisor berkata,kemudahan baharu itu akan menjamin bekalan bitumen ke rantau ini untuk beberapa tahun yang akan datang.
"Pelaburan Puma Energy dalam Malaysia merupakan langkah ke hadapan yang signifikan kerana kami sedang membangunkan kemampuan bitumen global kami," katanya semasa pembukaan terminal itu di Pasir Gudang hari ini.
Kemudahan penyimpanan itu boleh menempatkan beberapa gred bitumen dalam jumlah yang besar dengan keupayaan untuk membangun dan meningkatkan produk bitumen derivatif dengan menggunakan kemudahan tiupan dan pengadunan serba moden.
Jeti pelabuhan Langsat mampu mengendalikan kapal-kapal dari 1,000 ke 45,000 DWT dengan kemudahan pengepaman yang boleh mengisi ruang kargo kapal selaju 800 metrik tan sejam.
Puma Energy mengoperasikan rangkaian pengedaran bitumen termasuk kapal-kapal dan terminal bitumen di Afrika, Asia Pasifik dan kawasan Amerika tengah. - Bernama