BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pembekalan NSM Dimaklum Kepada Jemaah Menteri Untuk Penelitian Lanjut - Adly

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,701
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,701
Reaction score
97
Points
80
fd6736367518e5d433503ffb6035ef0a69fc39a898b58

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahar ketika ditemubual pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2026 di sebuah hotel hari ini.

Isu berkaitan pembekalan misil antikapal dan serangan darat (NSM) oleh sebuah syarikat dari Norway telah dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk penelitian lanjut, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Beliau berkata Malaysia akan mengambil langkah diplomatik antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perkara berkenaan.

Adly berkata pendekatan itu diambil memandangkan misil berkenaan merupakan komponen penting dalam keperluan aset strategik negara yang dirancang digunakan oleh kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Pertahanan 2026, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya mengambil perhatian terhadap perubahan pendirian Kerajaan Norway berkaitan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak berkenaan dan akan menggunakan saluran diplomatik bagi mendapatkan penjelasan serta membincangkan langkah sewajarnya berkaitan isu itu.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mempunyai kontrak perolehan dengan Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), dari Norway, bagi pembekalan NSM untuk melengkapkan keupayaan kapal LCS TLDM.

Sementara itu, Adly menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MINDEF atas komitmen dan semangat kerja berpasukan yang membawa kepada kejayaan penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 pada 20 hingga 23 April lepas.

Beliau berkata kejayaan acara berprestij itu bukan sahaja mencerminkan keupayaan profesionalisme warga kementerian itu, malah mengangkat imej Malaysia sebagai negara berwibawa dalam sektor pertahanan dan keselamatan global.

Terdahulu, 404 individu menerima APC dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PTT) pada majlis bertemakan 'Malaysia MADANI: Ihsan Dalam Perkhidmatan' itu.

 
Back
Top
Log in Register