BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantah program ratu cantik dunia di Melaka

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SHAH ALAM – Muslimat Pas Melaka hari ini melahirkan bantahan terhadap penganjuran program Kerajaan Negeri Melaka yang membawa 52 ratu cantik dunia di negeri itu.

Ketuanya, Kintan Man berkata, penganjuran program berkenaan mengeksploitasi fitrah maruah wanita sekaligus melanggar syariat ALLAH.

“Kami pandang serius atas usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri kerana dengan itu mengiktiraf pertandingan itu. Banyak lagi usaha yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk mempromosi Melaka.

“Pendapatan kerajaan negeri boleh dijana menerusi bidang pelancongan seperti contoh menaik taraf tempat-tempat pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong, mempromosikan budaya Gotong Royong di kalangan masyarakat Melayu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan tentu berbeza sekiranya negeri tersebut ditadbir oleh Pas.

“Sesungguhnya Islam mengangkat (lebih tinggi) lagi memartabatkan maruah Wanita.

“Kami nyatakan kesediaan serta kemampuan untuk mentadbir negeri Melaka sesuai dengan lunas-lunas Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Pas Fasal 5(1) iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai Islam dan hukum yang menuju keredhaan ALLAH,” katanya lagi.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/bantah-program-ratu-cantik-dunia-di-melaka-1.471614
 
makin byk la kerja ustaz bani lepas ni. yg xde ratu cantik ni pun dah berpuluh kena angkut masuk lori
 
kalau kita tak buat kerja haram
macam mana nak dapat duit

kehkehkeh
 
ok la tu...buat cuci mata....tmbh duit..ni negara najib yg punya
 
Tu dia KM.
Tersembul biji mata. Tak padan ngan juling...
 
hahaha... wei lahabau ader aku kisah.. ko hado.. bukan tok cakap tau..;)
 
Back
Top
Log in Register