BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank Dunia, IMF beri amaran

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
WASHINGTON 23 Sept. - Ketua Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kepada Eropah dan Amerika Syarikat (AS) supaya mengawal krisis ekonomi atau bakal menyebabkan seluruh ekonomi global berada dalam 'kelemasan'.

Pada masa yang sama, mereka juga memberikan amaran yang sama kepada negara-negara miskin supaya memastikan pengurusan 'rumah' mereka dalam kedudukan terkawal agar dapat bertahan daripada krisis ekonomi negara maju.

Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick berkata, Eropah, Jepun dan AS mesti bertindak menangani masalah besar ekonomi sebelum negara-negara terbabit mewujudkan masalah besar di seluruh dunia.

''Jika anda tidak bertindak ia sungguh tidak bertanggungjawab.

''Ada segelintir pemimpin negara membangun yang menyifatkan masalah yang berlaku di negara mereka adalah urusan mereka. Ia tidak sepatutnya,'' katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berkata, masalah utama yang menyebabkan pertumbuhan global terjejas adalah hutang besar kerajaan-kerajaan dan isi rumah serta modal bank-bank yang lemah.

''Semua ini telah menjejaskan pemulihan.'' kata Lagarde.

Zoellick menyifatkan dunia dalam zon berbahaya, bagaimanapun percaya AS, Eropah dan Jepun tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi.

''Tetapi keyakinan saya itu mula terhakis dengan laporan ekonomi yang sukar.

''Pada 2008, kebanyakan orang berkata mereka tidak nampak kehadiran 'gelora' itu, Tetapi, sekarang tiada alasan lagi,'' ujarnya.

Untuk mengatasi krisis hutang dan defisit yang besar, negara-negara maju mesti memberi keutamaan untuk menyeimbangkan bajet, menurut Lagarde.

Bagaimanapun, katanya, AS tidak perlu mengurangkan defisitnya dengan ketara kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

''Sesetengah negara boleh menampung pertumbuhan jangka sederhana... AS adalah satu daripadanya,'' ujar beliau.

Lagarde juga menegaskan bahawa bank-bank Eropah perlu mengukuhkan asas modal supaya mereka dapat mencatat pertumbuhan.

Meningkatkan pertumbuhan adalah kritikal dan bank-bank perlu berada dalam kedudukan mereka mampu untuk membiayai ekonomi, tambahnya.

Pemimpin IMF itu turut menggesa ekonomi-ekonomi baharu muncul untuk mengukuhkan ekonomi global melalui ketidakseimbangan - pertumbuhan berasaskan perbelanjaan domestik. - AFP
 
betul lah tu,dh berapa kerat mc buy eu gu wakaka
 
dah tanda akhir zaman dah sume matawang jatuh..
igt2 lah sahabat sume..
:)
 
padanlaaa semacam ajer market fx ni....
 
emas dan perak jatuh gile2 hari ini.. time utk membeli sedikit buat persiapan akan datang...
 
sapa yg sell gold dari fomc ari tu mmg masyuk wooo..
 
Back
Top
Log in Register