BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

ujan masih renyai2 di kota..kdg kala lebat..
sg kota skrg pada tahap bhya...
 
kluang. jalan mengkibol dah xleh lalu. kena ikut laluan mardi. yap tau sah dah nyawa2 ikan.
 
ujan dh benti. tmpt aku air x penuh lg. parit baru korek ari 2. skang bunyi katak ong2 je
 
wah td dah reda skang dah start hujan semula.rumah mak aku dah paras betis dah
 
salam...

Tangkak dan Muar... hujan macam dah berenti....
 
Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin

Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga Isnin.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

-- BERNAMA
 
memula ritu Utara, pastu pantai timur, skrg Selatan, kemudian :-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register