BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

kene berhati2 nie..
amik noted tuk warga johor..
 
kt mount austin hujan x berhenti dari semalam....huhu...
 
klau hujan berterusan smpai jumaat...mmg banjir nie...plus..air pasang...perghhhh:o:o

perghhh....sampai jumaat yer....


Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga Isnin.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

-- BERNAMA
 
salam member..

salam..

huh.. ada pun thread ni.. :)cgrock

ujan belum ada tanda2 berhenti nih.. tadi ptg, kangkar tebrau dah tak boleh lalu.. bah dah.. esok nak g kje camana tah.. :-?

apa2 pun.. tgk esok camana..

:) slmt mlm..
 
non stop raining at here.....
 
Segamat banjir... takut2 macam 2006.
Putus hubungan dari semua arah.
Hujan masih lebat... risau kat kawan2 yg tinggal di taman utama.
Ramai org luar beli umah kat situ sbb tak ada pengalaman tahun 2006.
 
kene berhati2 nie..
amik noted tuk warga johor..
tq bro..
Risau tol... takut banjir tahun 2006 berulang...
Hingga saat ini... tanda2 2006 dah kelihatan.
Semoga kami dapat perlindungan Allah.
 
dh 2hari hujan xberhenti nie..tp kat UTM belum banjir lg..huhuhu
 
hujan masih blom berhenti.... tp jalan raya dr tmn molek ke bandar masih boleh dilalui... kangkar dh tenggelam..... huhu :((:((:((
 
Back
Top
Log in Register