BTC USD 83,926.0 Gold USD 4,291.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

Mangsa banjir di Johor meningkat 29 orang​

Oktober 6, 2022 @ 9:41am
Keadaan banjir di Kampung Paya Kenangan, yang dinaiki air berikutan banjir kilat. - Foto Bernama
Keadaan banjir di Kampung Paya Kenangan, yang dinaiki air berikutan banjir kilat. - Foto Bernama



JOHOR BAHRU: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.

Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.
 
Kawasan Kota Tinggi hampir 50% sudah Banjir. Air naik begitu cepat. Tolong kejut saudara² atau kenalan² yang kediaman nya di kawasan rendah. Kota Tinggi menghala Mersing banyak laluan sudah tidak boleh lalu. Dan ada yang terperangkap di pertengahan jalan. Semoga di permudahkan urusan.

#PrayForKotaTinggi
 
NOTIS PENUTUPAN JALAN

Kemaskini 6:00 am | rabu | 1 Mac 2023

Jalan Ulu Tebrau - Sg Tiram J08
Seksyen 3.5
(Lokasi cerun runtuh tempohari)

Hujan berterusan menyebabkan berlaku pergerakan tanah baharu dan keadaan jalan semasa telah patah di pertengahan laluan.

Jalan telah ditutup sepenuhnya ⛔ kepada semua jenis kenderaan.

Jalan telah ditutup sepenuhnya ⛔ kepada semua jenis kenderaan.

Jalan telah ditutup sepenuhnya ⛔ kepada semua jenis kenderaan.

Mohon pengguna jalanraya menggunakan jalan alternatif yang dicadangkan.
 
Back
Top
Log in Register