BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Johor ..

Salam...minta tolong...jalan dari simpang empat..gemas..segamat...bole lalu dok...nak balik felda selancar...sape2 bole tolong update...

terima kasih
 
tepi laut takkan banjir lak.. lau banjir jgk memg nak bala bak kate kerunai:eek::eek::eek:

tulah klau nak senang guna LPT gie kl masuk plus...abis citer..
 
aku nak balik muor dari paka ganu esok pagi. Dgr kat berita tdi laluan muadzam - segamat tak lepas coz ada tanah runtuh dkt felda mana ntah. Adeh mana aku nak lalu ni. Pekan mersing banjir ke tak ar?

Dari Mersing lalui Felda Nitar 1 dan 2 seterusnya masuk jln Kluang-Mersing sampai Kluang...setakat hari ini clear...cuma ada banyak lobang2 kat jalan...kalo pakai tayar nipis tu...hati2lah. Cuma masalah dari kuala rompin, rompin,endau ke arah mersing...tak tau mcmana...
 
Salam...minta tolong...jalan dari simpang empat..gemas..segamat...bole lalu dok...nak balik felda selancar...sape2 bole tolong update...

terima kasih

dari batu anam ke taman yayasan ada masalah sikit..dekat batu 8..area kubur tu air naik..Sampai dekat dekat dengan jambatan buluh kasap..Tapi ada yang sediakan perkhidmatan crain untuk bawa kereta..kena charge rm 100...

kalau lalu tangkak..jambatan dekat bukit tunggal..dekat dekat dengan simpang uitm xleh lalu..so jementah-segamat belum boleh lalu lagi..

kalau lalu batu anam-uitm-segamat pun belum boleh lalu..sebab air masih naik lagi dekat kawasan uitm..

ada 2 jalan sahaja nak gi segamat sekarang..samada dari yong peng or kuantan..

kalau saudara dari kuala lumpur boleh lah ikut lpt-kuantan-selancar..tapi jauh sikit lah..
 

Mangsa banjir kilat Johor meningkat 245 orang, 4 PPS dibuka​

Oleh Mohamed Farid Noh- Oktober 2, 2022 @ 11:14pm
[email protected]
Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian, Johor. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian, Johor. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN




JOHOR BAHRU: Mangsa banjir kilat di negeri ini meningkat kepada 245 orang daripada 72 keluarga dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah, setakat jam 10 malam tadi.

Jumlah itu berbanding hanya 75 mangsa daripada 34 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Sebuah PPS terbaru dibuka di Kulai membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, dengan menempatkan 150 mangsa banjir daripada 38 keluarga, yang dibuka jam 6.30 petang tadi.

Dua lagi PPS dibuka di Kluang membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam membabitkan 32 mangsa daripada 15 keluarga dan SK Sungai Linau membabitkan 11 mangsa daripada tiga keluarga.

Sebuah lagi PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya membabitkan 52 mangsa daripada 16 keluarga.

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kejadian banjir kilat melanda beberapa daerah berikutan hujan lebat melebihi dua jam.

Ia menyebabkan kawasan penempatan rendah dinaiki air bah yang bertembung dengan air pasang
 
Back
Top
Log in Register