BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangunan Forensik HKL terbakar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831


image.jpg

Institut Perubatan Forensik Negara terbakar di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - Gambar media sosial

KUALA LUMPUR 17 Mac- Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini terbakar sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.30 tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Empat balai menghantar jentera masing- masing iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Chow Kit, BPP Hang Tuah, BPP Setapak dan BPP Jalan Tun Razak.

“Kebakaran dipercayai berlaku dalam bangunan forensik HKL,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kebakaran belum diketahui.


http://www.utusan.com.my/berita/nah...-forensik-hkl-terbakar-1.629413#ixzz59yxOmsxM
 
banguan hkl dah lama sgt melebihi 100 tahun, perlu pemeriksaan terperinci utk pendawaian elektrik dan saluran gas
 
fuh...seblm ni kt johor...ni kt sini plak..spital besar nih.,\
 
Operasi HKL tidak terganggu


PERKHIDMATAN dan operasi di Hospital Kuala Lumpur tidak terganggu dan berjalan seperti biasa susulan kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), tengah hari tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Nor Akma Yusuf mengesahkan kebakaran berlaku di stor IPFN.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan sudah dipadamkan sepenuhnya.

“Proses mengosongkan bangunan membabitkan pesakit, kakitangan dan pelawat dalam bangunan berhampiran dijalankan mengikut prosedur.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook HKL di Kuala Lumpur, hari ini.

“Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/322045/update-operasi-hkl-tidak-terganggu
 


*HKL TERBAKAR KEMUNGKINAN 19 JENAZAH AKAN DIPINDAHKAN KE HOSPITAL BERHAMPIRAN*

Assalamualaikum skuad.
Saya mendapat info berkenaan kebakaran di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi telah menyebabkan kerosakan termasuk di bahagian bilik mayat/forensik.

Maka 19 jenazah dalam simpanan peti sejuk Forensik HKL akan dipindahkan ke hospital yang berdekatan seperti Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan yang lain-lain.

Mohon skuad sedia untuk apa² keperluan.
-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi;
SPJ Malaysia
 
2 wanita terperangkap berjaya diselamatkan

KUALA LUMPUR: Dua wanita berjaya diselamatkan bomba dalam insiden kebakaran sebuah stor di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), tengah hari tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, hanya ada dua mangsa berkenaan berada di dalam stor terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang juga juruteknologi makmal dan pekerja am berusia lingkungan 40-an, diselamatkan hasil tindakan pantas anggota bomba memotong pagar jeriji di tingkat atas stor itu.

"Sebaik melihat asap tebal dan api kian marak di dalam stor itu, kedua-dua mangsa melarikan diri ke tingkat atas dan terperangkap sebelum anggota bomba memotong pagar jeriji untuk menyelamatkan mereka.

"Mereka berjaya dibawa keluar dari bangunan itu dan dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Khiruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari.

"Seramai lapan pegawai dan 31 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chow Kit, BBP Hang Tuah, BBP Setapak dan BBP Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.32 tengah hari, iaitu kira-kira satu jam selepas jentera pertama tiba di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas memandangkan tiada barangan mudah terbakar di dalam stor terbabit.

"Kebakaran itu menyebabkan stor berkenaan musnah sepenuhnya, manakala bangunan berhampiran mengalami kerosakan kecil," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak HKL melakukan proses pengosongan bangunan di IPFN dengan memindahkan 19 mayat selepas bekalan elektrik diputuskan sebagai langkah keselamatan.

Atas faktor keselamatan, katanya, pihak hospital turut mengosongkan bangunan berhampiran lokasi kejadian membabitkan kakitangan, pesakit dan pelawat.

"Bahan kimia dan tong oksigen yang mudah terbakar di IPFN juga dibawa keluar ketika kejadian bagi mengelakkan kebakaran semakin merebak," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/400617/2-wanita-diselamatkan-dalam-kebakaran-stor-ipfn
 
19 mayat sempat dipindahkan

image.jpg

SEBAHAGIAN dari bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar kira-kira 12.15 tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kebakaran yang berlaku di Jabatan Patologi, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar pukul 12 tengah hari, hari ini tidak menjejaskan 19 mayat yang ditempatkan di situ.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman, kesemua mayat berjaya dipindahkan oleh pihak HKL sebelum api menjadi lebih marak.

Jelasnya, pihak HKL telah menempatkan buat sementara waktu mayat-mayat berkenaan di tempat simpanan mayat yang mempunyai ruang kosong di wad-wad lain.

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan mayat-mayat berkenaan boleh ditempatkan semula di bilik penyimpanan mayat jabatan berkenaan selepas meneliti keadaan Jabatan Patologi.

"Pemerhatian awal menunjukkan bilik simpanan berkenaan tidak terjejas dan boleh digunakan kembali selepas bekalan elektrik disambung semula.

"Kami mengesyaki punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas dan menjadi amalan operasi prosedur standard (SOP) pihak keselamatan HKL untuk memutuskan bekalan elektrik apabila berlaku kebakaran," katanya kepada sekumpulan pemberita selepas operasi memadamkan kebakaran selesai.

Sebanyak lima jentera bomba dengan 31 anggota dari lima balai sekitar Kuala Lumpur terlibat dalam operasi memadamkan kebaran yang memusnahkan hampir 40 peratus bangunan Jabatan Patologi IPFN itu.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran yang berlaku sekitar pukul 12.00 tengah hari itu pada 12.30 petang dan tiba ke lokasi kejadian dalam masa 6 minit.

Api berjaya dipadamkan pada pukul 1.30 petang.


http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/19-mayat-di-unit-forensik-hkl-tidak-terjejas-1.629469
 
rawatan dekat lapangan ke ape? kt luar..x de barang pon dorg bole wat keje..respect...
 
Back
Top
Log in Register