salam,, saya dalam proses pembelian tanah lot banglo di Mahkota Hill. Mula2 tu,, jumpa booth jual rumah banglo kat Kipmall. total rm290k. tgk harga tanah dia jual 140k... so decide nak tgk rumah dulu. lepas tgk tanah2 yg ada,, mmg dah berkenan sgt dah.
On the way balik.. saje google.. tgk kat mudah ada org jual 105k sahaja. terus call,, rupanya tanahnya dekat area pencawang. lps tu dia tunjuk plak tanah lain. berkenan lah dgn tanah area club house. harga jualan 129k.. dapat kurang rm128k. Loan LPPSA semua dia yg uruskan. deretan kedai pun dah siap. ada surau. cuma club house je,, mcm tutup haritu sbb pkp.
masa tgk tanah2 tu,, sempat lah borak2 dgn pemilik rumah area berhampiran. katanya sekarang duk puchong. hujung minggu je dtg situ. kire mencari ketenangan di hujung minggu. hahaha. tu yg mcm nak cedok idea tu jugak...
so sekarang ni,, tgh cari kontraktor utk binaan rumah pulak. kalau ada geng yg nak share nama kontraktor yg best bgtaulah yer.. saya pun x bajet nak duduk cepat. Bajet rumah pencen kut hehehe