Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Bangladesh lancar bas 'pink’ khusus buat penumpang wanita
Bangladesh perkenal 'bas pink' khusus buat penumpang wanita di negara itu - Foto: Agensi
DHAKA – Kerajaan Bangladesh melancarkan perkhidmatan bas khusus untuk wanita, lapor Xinhua pada Selasa.
Perkhidmatan itu turut dikendalikan dan diuruskan pemandu wanita, dalam usaha memastikan perjalanan penumpang lebih selamat dan selesa.
Bas berwarna merah jambu berkenaan akan diletakkan di bawah pengawasan terus Bangladesh Road Transport Corporation (BRTC).
Menteri Pengangkutan Jalan Raya dan Jambatan Bangladesh, Shaikh Rabiul Alam berkata, perkhidmatan itu akhirnya akan diperluaskan ke bandar raya dan pekan utama di seluruh negara.
Menurutnya, inisiatif berkenaan membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan mobiliti wanita dalam pengangkutan awam lebih selamat, bermula di ibu negara.
“Daripada menaiki bas, sepanjang perjalanan sehingga turun, keselamatan penumpang wanita akan dijamin dengan pengendalian sepenuhnya oleh kakitangan wanita,” katanya.
Beliau turut menggesa BRTC memantau perkhidmatan baharu itu secara berterusan bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan mengikut keperluan penumpang wanita.
Bangladesh lancar bas 'pink’ khusus buat penumpang wanita
DHAKA – Kerajaan Bangladesh melancarkan perkhidmatan bas khusus untuk wanita, lapor Xinhua pada Selasa. Perkhidmatan itu turut dikendalikan dan diuruskan...