BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangkai makhluk misteri terdampar di pantai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
makhluk-misteri.webp

Keadaan bangkai yang ditemukan terdampar di Pantai Cefn Sidan kelmarin. - Clayton Boswell

LONDON – Bangkai sejenis hidupan laut misteri ditemukan terdampar di sebuah pantai popular di Wales sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai spesies tersebut, lapor akhbar Daily Star.

Penemuan itu dibuat oleh seorang penduduk tempatan di Pantai Cefn Sidan dalam daerah Carmarthenshire, pagi semalam.

Orang ramai percaya bahawa ia adalah bangkai ikan paus, namun sebilangan anggota badannya didapati tidak sama seperti mamalia itu.

Makhluk misteri itu digambarkan seperti raksasa kerana bersaiz besar sehingga mampu memuatkan empat buah kereta.

Selain memiliki apa yang kelihatan seperti sayap, ia juga berwarna hijau kekuningan, dipercayai berpunca daripada proses reputan yang terlalu lama.

Pakar marin sedang memeriksa bangkai tersebut untuk mengenal pasti punca kematian dan spesiesnya dengan tepat. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register