BTC USD 80,625.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangi xde air !!!!

MAKLUMAN AWAL GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI LIMA BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH EKOR



SIARAN MEDIA

14 JANUARI 2013



Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di lima buah wilayah, iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Klang dan Kuala Langat ekoran hentitugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang diuruskan oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass sekitar jam 1.30 tengahari hari ini berikutan disyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.



Sebagai makluman, Loji Rawatan Sungai Semenyih membekalkan air terawat kepada lebih kurang sejumlah 349,000 akaun pengguna di sekitar Wilayah Petaling (118,000 akaun), Hulu Langat (125,000 akaun), Sepang (65,000 akaun), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000 akaun). Pada masa ini, pihak SYABAS masih sedang mengenalpasti kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian hentitugas loji ini. Pihak SYABAS akan memaklumkan kepada orang ramai berhubung kawasan terlibat secara terperinci serta situasi terkini dari semasa ke semasa.



Sebagai langkah awal, pihak SYABAS masih sedang memantau kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari LRA Sungai Semenyih. SYABAS juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan loji rawatan air Sungai Semenyih ini diuruskan oleh syarikat milik Kerajaan Negeri dan aset-aset SYABAS masih terikat dalam kejadian gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju. Di samping itu, memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), maka adalah wajar untuk SYABAS mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu ini.



Untuk makluman, gangguan bekalan air yang berlaku ini merupakan insiden yang baru dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu baru-baru ini.



Sementara itu para pengguna dinasihatkan agar mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang tempoh ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat laporan berkaitan bekalan air disaran agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.





Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Petaling

1) Sri Serdang
2) Kembang Sari
3) Serdang Perdana
4) Perindustrian Bukit Serdang
5) Puncak Jalil
6) Putra Perdana
7) Lestari Perdana
8) Sri Kembangan
9) USJ
10) Tmn Wawasan
11) Bdr Puteri
12) Tmn Puchong Utama
13) Tmn Puchong Hartamas
15) Tmn Bkt Puchong
16) Tmn Equine
17) Tmn Pinggiran Putra
18) Bdr Putra Permai
19) Kota Perdana
20) Tmn Bkt Serdang
21) Tmn Universiti
22) UPM
23) Mardi
24) Perdagangan Sri Kembangan
25) USJ Height
26) Mutiara Bukit Jalil
27) Tmn Puchong Prima
28) Tmn Lake Edge

Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Klang
1 Seluruh Seksyen 22
2 Seluruh Seksyen 25
3 Seluruh Seksyen 26
4 Seluruh Seksyen 27
5 Seluruh Seksyen 28
6 Kg. Kebun Bunga
7 Kg. Baru HICOM
8 Subang Mas, Bt. Tiga
9 Bt. Tiga, Shah Alam
10 Bt. 8, Bkt. Kemuning
11 Bkt. Naga 1,271
12 Kg. Lombong
13 Jln. Kebun
14 Tmn. Pinggiran Subang USJ 3 & Tmn. Perindustrian Sime UEP TP7

Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Sepang

Seluruh Sg Merab :
==================
Kg Sg Merab Hulu
Seluruh Sg Merab Luar (Seluruh Kawasan Dalam Sg Merab Luar)
Desa Damai
Kg Sg Merab Tengah
Rkt Limau Manis
Tmn Air Hitam Permai
Tmn Desa Sentosa
Kg Sg Merab Luar
Desa Sri Melor
Tmn Damai
Rkt Sg Merab

Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
==============================
Tmn Mawar
Tmn Seroja
Kosmopleks
Pej Daerah Sepang
Tmn Ixora
Bdr Baru Salak Tinggi
Kaw Ind Bdr Baru Salak
Kota Warisan
Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
Seluruh Tmn Dalam Bdr Baru Salak Tinggi


Kawasan Puchong
==================
Tmn Putra Prima
Tmn Aman Putra
Kg Pulau Meranti
Tmn Meranti Jaya
Tmn Meranti Permai
Bdr Bkt Puchong 2
Tmn Mas Puchong
Tmn Prima Tropika
Tmn Putra Perdana
D' Alpinia
Suri Tropika
Tmn Tsk Puchong


Lain-Lain Kawasan :
==================
Tmn Desa Ayer Hitam
Kg Dato Abu Bakar Baginda
Seluruh Cyberjaya
Seluruh Putrajaya
Ioi Resort Putrajaya
Tiara Heights

Kawasan Salak
================
Kg Chinchang
Kg Lembah Paya
Kg Bkt Ibol
Kg Geching
Kg Salak Tengah
Kg Salak Tinggi
Kg Labu Lanjut
Pekan Salak
Rkt Labu Lanjut
Tmn Desa Salak Permai
Tmn Desa Salak Permata
Tmn Desa Mutiara
Tmn Salak Jaya
Tmn Salak Murni
 
bangi termasuk dlm liputan empangan semenyih ker? dgr cerita empangan semenyih tercemar dgn minyak. syabas stop supply utk bersihkan sisa...

sabotaj umngok ke??:-?

tp smlm mmg takde air..pg td ada jek air..
 
Last edited:
pergh banyak tempat upenye... dah la ngah final exam skang...hadoii
 
mcm tuka shift pulak..aku kt cheras yg dah 14 hari xde air tetiba dpt air mlm td..magic ouh..
 
.... makin nak dekat pilihanraya , makin teruk kena buli ... TUKAR syabas...
 
mcm tuka shift pulak..aku kt cheras yg dah 14 hari xde air tetiba dpt air mlm td..magic ouh..

aku dah dapat dah tengahri ahad hari tu.lega aku..

Tiap malam aku krem perut dok sedut getah paip bagi air naik..
 
aku dah dapat dah tengahri ahad hari tu.lega aku..

Tiap malam aku krem perut dok sedut getah paip bagi air naik..

krem perut sodut getah paip xpo laie, ni badan dah mcm hulk hogan duk angkut air naik tangga..hahaha, harap2 berkekalan la ada air ni..
 
Back
Top
Log in Register