BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balik Pulau dilanda banjir

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

BEBERAPA penduduk memunggah barangan ke tempat selamat setelah rumah mereka dilanda banjir di Kampung Pinang Nerai, Sungai Burung, Pulau Pinang, semalam. BERNAMA​

PULAU PINANG 11 Ogos - Sebanyak 25 buah rumah di lima kampung di sekitar Balik Pulau di sini, terjejas sekali lagi selepas dilanda banjir kilat dalam kejadian awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, beberapa kawasan di daerah tersebut dinaiki air setinggi betis selepas hujan lebat hampir tiga jam bermula pukul 5 pagi.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Genting, Pulau Betong, Kampung Terang, Kampung Pinang Lirai dan Kampung Sungai Burung.

Seorang mangsa di Kampung Pinang Lirai, Balik Pulau, Daharah Bakar, 61, berkata, kejadian itu adalah yang kedua dialami keluarganya dalam tempoh kurang daripada 10 hari.

Katanya, setiap kali hujan lebat dia dan keluarga terpaksa bersedia berhadapan risiko rumah didiami dinaiki air termasuk kejadian terbaru itu.

“Sekarang setiap kali hujan saya menjadi tidak tenang kerana bimbang rumah dinaiki air,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ketika dihubungi memberitahu, terdapat beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air setinggi betis hingga lutut akibat hujan pagi ini.

Tambah jurucakap itu, walaupun beberapa kawasan dinaiki air, keadaan masih terkawal dan tiada penduduk yang terpaksa dipindakan.

“Keadaan tidak begitu serius dan banjir surut selepas beberapa jam hujan berhenti.

“Pemantauan sentiasa dijalankan bagi mengelak perkara-perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Tambah jurucakap itu lagi, selain banjir kilat, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri turut menerima pelbagai aduan lain ekoran hujan lebat yang melanda beberapa tempat di negeri ini.

“Ada juga laporan mengenai beberapa pokok tumbang termasuk kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Pinang Lirai, di sini.

“Namun tiada sebarang kecederaan yang dialami penduduk terlibat,” katanya.
 
Bulan Ramadhan hari tu panas yang amat. Ini turun balik semua.

Nasib baik dugaan malapetaka macam ni sahaja dan bukannya yang lagi besar macam gempa bumi, gunung berapi dan tornado.
 
Back
Top
Log in Register