balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Tertuduh (kanan) menunding jari kepada media yang merakamkan gambarnya ketika di mahkamah, semalam.
< 1 / 1 >
AYER KEROH - Gara-gara merompak RM90 dan dua botol minuman di sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira lima bulan lalu, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, Hairulnizam Hassim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Ahmad Sazali Omar selepas mengangguk faham dan mengaku salah pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas Muhammad Haiqal Alifi, 20, dan Nur Hamidah Ishak, 18, dengan mengambil wang tunai berjumlah RM90.80 serta dua botol minuman milik kedai 7-Eleven, kira-kira 3.50 pagi pada 23 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Peguam dari Jabatan Bantuan Guaman negeri, Yusliza Awal yang mewakili Hairulnizam ketika rayuan memohon hukuman diringankan kerana tertuduh mempunyai ibu bapa yang perlu ditanggungnya.
“Saya percaya, selain menyesal atas perbuatannya, tertuduh dari keluarga yang tidak pernah terbabit dalam kegiatan jenayah, tersilap memilih kawan hingga mengheretnya ke kancah jenayah,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad ketika mengendalikan kes meminta hukuman berat diberikan kerana ia membabitkan jenayah serius.
Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan tahun bermula tarikh tangkapan pada 20 April lalu dan juga dua sebatan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/balasan-rompak-kedai-24-jam-1.196935