BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balak jutaan ringgit dirampas di Bera

510 balak dirampas di Rompin

WhatsApp_Image_2018-03-18_at_13.15.26.jpeg.transformed.jpg

LONGGOKAN kayu balak curi di dalam kawaan Hutan Simpan Ibam, Rompin.Sebanyak 510 batang balak pelbagai jenis balak bernilai RM240,000 cuba dipindah secara haram. - Foto Mohd Rafi Mamat


ROMPIN: Pejabat Hutan Daerah Rompin merampas 510 balak pelbagai jenis bernilai RM240,000 yang ditebang secara haram oleh sindiket untuk dijual di Hutan Simpan Ibam, dekat sini, kelmarin.

Serbuan diketuai Pegawai Pejabat Hutan Daerah Rompin, Nazri Husin bersama 18 kakitangan itu turut merampas jengkaut digunakan sindiket terbabit untuk membuat jalan, memindah dan mengangkat balak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata pemeriksaan dilakukan menemui beberapa longgokan balak jenis meranti, kempas dan balau seberat 200 tan yang sedia dipindahkan.

Katanya, sindiket itu dipercayai melarikan diri beberapa jam sebelum anggota unit penguat kuasa tiba dan mereka dipercayai berpengalaman luas melakukan kegiatan menebang serta memindahkan balak di hutan selain mempunyai kelengkapan jentera.

"Faktor harga balak yang meningkat di pasaran tempatan kini menjadi antara punca peningkatan kegiatan mencuri balak sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri selain menjejaskan alam sekitar.

"Saya sudah mengarahkan Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Pahang Barat dan Timur serta pejabat hutan daerah supaya meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di kawasan panas masing-masing.

"Saya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sindiket terbabit dengan kegiatan memindah balak tanpa lesen, pesalah akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984," katanya di sini, hari ini.

Mohd Nazri berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha mengesan pencerobohan hutan simpan dan kegiatan memindahkan balak secara haram di daerah ini.

"Pelbagai kaedah akan digunakan unit penguat kuasa PHD Rompin bagi membendung kegiatan menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 membabitkan aktiviti mencuri balak.

"Kita berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan mencuri balak supaya tindakan segera dapat diambil," katanya.






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/400813/510-balak-dirampas




.
 
Perhutanan pun terlibat. Habis Pahang kena rogol. Pesalah kena jamin jer? Kepala Halian bos perhutanan sendiri kot
 
salah satu balak boleh terlepas ukuran melebihi saiz dlepaskan.. benda nie sama cam skrip cina pa1at tanam sayur d cameron.. tanah lesen ada buka serelung.. tanam haram buka 40 relung sebelah tanam ada lesen ada geran..

mengarut..
 
image.jpeg

PENGARAH Perhutanan Pahang, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin (dua dari kanan) meninjau balak bernilai jutaan ringgit yang dirampas di Bera Pahang. - UTUSAN ONLINE



BERA 13 Mac - Jabatan Perhutanan negeri merampas kira-kira 2,400 batang balak bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di daerah ini pada Sabtu lalu.

Kebanyakan balak jenis Meranti dan Keruing dengan berat kira-kira 2,500 tan metrik dianggarkan bernilai RM3 juta itu ditebang di Hutan Simpan Chini dan Hutan Simpan Chini Tambahan di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, serbuan dan rampasan itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan orang awam.

“Balak tersebut ditemukan di sembilan longgokan di sekitar hutan simpan berkenaan dengan anggaran berat 2,500 tan metrik.

“Empat suspek ditahan ketika sedang membawa keluar kayu belah. Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam sidang akhbar ketika membuat tinjauan di lokasi rampasan itu.

Menurut Mohd. Hizamri, seramai 60 anggota Jabatan Perhutanan terlibat dalam operasi itu.

Kata beliau, pihaknya turut menyita tiga jentolak, dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori dalam serbuan berkenaan. - UTUSAN ONLINE






sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nas...nggit-dirampas-di-bera-1.626395#ixzz59avEN6eI





.

salah ke tebang balak? bukan boleh ke? (kalau ada kelulusan jbtn perhutanan). dalam berita ni takde pula cerita pasal ada kena sita.

kelakar juga malaysia ni. balak tu besar. lori keluar masuk pun besar.
takkan tak nampak dari awal? adoi... :(
 
salah ke tebang balak? bukan boleh ke? (kalau ada kelulusan jbtn perhutanan). dalam berita ni takde pula cerita pasal ada kena sita.

kelakar juga malaysia ni. balak tu besar. lori keluar masuk pun besar.
takkan tak nampak dari awal? adoi... :(

Memang le buleh, yg salahnya pembalakan tak terkawal, orang malaysia ni bukan tau kawal, hutan simpan, kawsan tadahan air, hutan tertua ke apa ke main bedal je,asal boleh duit.

akan datang sumber air takde lepastu bising, dah terhantuk baru nak terngadah tu la budaya malaysia:D
 
Back
Top
Log in Register