BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balak Bawa Bala

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
pix_gal1

frontpage.jpg


Rantau Panjang: “Saya terdengar dentuman kuat seperti tong gas meletup sebelum bangkit daripada tidur dan mendapati beberapa batang kayu balak menghentam tangga rumah,” kata Mohd Zain Yaacob, 40, menceritakan detik cemas rumahnya bergegar selepas beberapa batang kayu balak bergolek dari sebuah treler yang terbabas berhampiran kediamannya di Kampung Kubang Rambutan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, treler dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong, Pasir Mas itu terbalik selepas gagal dikawal ketika membelok ke kanan untuk ke Jalan Parit Air, di sini.

Selain menghentam tangga, kayu balak berkenaan turut menghempap sebuah lori milik jiran Mohd Zain, Wan Mohd Zahari Wan Mohd Noor, 40, sehingga rosak teruk.

Mohd Zain berkata, selepas melihat kayu balak menghentam tangga rumah, dia mengejutkan isteri dan empat anaknya yang tidur dan membawa mereka keluar rumah kerana bimbang kediaman itu roboh.
 
balak bawa bala..igtkan kes pakwe rogol makwe..:))
 
Confirm sebab muatan melebihi had ar nie, tali/rantai yang ikatan tue pun dah takleh tampung dah...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
ni yang bahaya kalo rumah dekat sangat ngan jalan utama.
nasib baik balak tu tak hentam dinding rumah.

naya naya...
 
aku cukup takut kalu berselisih dgn lori balak..
 
ni mesti hantu pokok tak bagi makan mengamuk haha
 
alhamdulillah selamat.... silap golek balak-balak tu, boleh jadi pancake rumah tu...
 
Back
Top
Log in Register