BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balai Gema Hikayat Tarik Lebih 8,000 Pengunjung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141

Balai Gema Hikayat Tarik Lebih 8,000 Pengunjung​

7e1bfb35f6faf5b53cc8da38ac5770766a3bece09dd1b


Balai Gema Hikayat (BGH) yang berlangsung di GMBB sempena KL Festival dan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) berjaya menarik lebih 8,000 pengunjung sepanjang hampir dua bulan penganjurannya, sekali gus mencerminkan minat berterusan masyarakat terhadap warisan budaya negara.

Program anjuran Hikayat Fandom dari 1 Mei hingga 21 Jun itu mengetengahkan pelbagai elemen warisan budaya tidak ketara termasuk makyung, mekmulung, wayang kulit serta tradisi penglipur lara dan Tok Selampit melalui pameran dan aktiviti interaktif.

Kurator Balai Gema Hikayat yang juga Pengasas Hikayat Fandom Ninot Aziz berkata program itu diwujudkan bukan sekadar sebagai pameran, sebaliknya ruang untuk memperkenalkan semula warisan budaya kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih dekat dan mudah dihayati.

“Balai Gema Hikayat tidak pernah diniatkan sekadar sebuah pameran. Ia ialah ruang untuk bercerita supaya memori dan susur galur seni terus hidup, bernafas dan menemui generasi baharu.

“Sambutan yang diterima membuktikan bahawa masyarakat masih mempunyai rasa ingin tahu dan kecintaan yang mendalam terhadap warisan kita,” katanya dalam kenyataan.

Ninot berkata sepanjang program berlangsung, bengkel berkaitan makyung, mekmulung dan seni penceritaan tradisional menerima sambutan menggalakkan dengan kebanyakan sesi mencapai kapasiti penuh setiap minggu.

Katanya, program itu turut menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, pelajar, pendidik, penggiat seni, pencinta warisan serta pelawat antarabangsa, termasuk sekumpulan pemandu pelancong yang hadir untuk mengenali dengan lebih dekat seni dan tradisi tempatan.

“Antara detik bermakna sepanjang penganjurannya ialah kehadiran Noor Hayati Zakaria, anak kepada Allahyarhamah Khatijah Awang yang dikenali sebagai antara tokoh penting dalam pemeliharaan dan pewarisan seni makyung di negara ini.” katanya.

Beliau berkata didorong sambutan yang diterima, Hikayat Fandom kini meneroka peluang untuk memperluas konsep Balai Gema Hikayat menerusi program komuniti dan aktiviti di lokasi baharu pada masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register