BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baki Cuti Sekolah Dimanfaatkan Ibu Bapa Untuk Persiapan Awal Sekolah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
f03f6cf8a4e01a995623ab38a6ff7ac86951f25d1a9ef

15f77298772b22f4a40ea573448354ba6951f24b54539

Mohd Zulfadhli Mostapa (kanan) bersama isterinya, Siti Amira Yacob (dua, kiri) memakaikan baju sekolah pada anaknya, Muhammad Adam Zahirul Haq Mohd Zulfadhli (dua, kanan) dan Muhammad Aus Ziyad Mohd Zulfadhli (kiri) sebelum membuat pembelian sebagai persiapan awal menjelang sesi persekolahan awal tahun hadapan di Plaza Angsana, di sini.

Berbaki kira-kira dua minggu sebelum cuti persekolahan berakhir, ibu bapa mengambil kesempatan membuat persediaan awal bagi pembukaan sesi persekolahan baharu.

Tinjauan Bernama di Angsana Mall di sini mendapati kebanyakan ibu bapa memilih untuk membeli kelengkapan sekolah lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kekurangan saiz pada saat akhir.

Bapa kepada dua anak, Mohd Zulfadhli Mostapa, 38, berkata beliau membeli pakaian, kasut dan peralatan sekolah anak-anaknya lebih awal bagi mengelakkan kesibukan pada penghujung cuti.

“Saya buat persiapan awal supaya tidak kelam-kabut dan bimbang saiz habis. Harga memang meningkat, tetapi kita terima sahaja,” katanya.

Beliau turut memaklumkan keluarganya tidak merancang percutian pada cuti sekolah kali ini kerana anaknya, Muhammad Adam Zahirul Haq, 14, terlibat dengan latihan bola sepak.

Seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Nur berkata beliau memanfaatkan cuti sekolah untuk membeli keperluan persekolahan anak lebih awal selain meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

“Saya tidak mahu membeli pada saat akhir kerana bimbang saiz habis. Walaupun harga agak tinggi, keperluan anak tetap diutamakan,” katanya sambil menambah beliau memilih pusat membeli-belah kerana kemudahan mendapatkan semua barangan di satu lokasi.

Sementara itu, pembantu tadbir, Zuliana Japar, 42, berkata baki cuti sekolah diisi dengan aktiviti bersama anak-anak di pusat membeli-belah memandangkan persiapan persekolahan telah diselesaikan lebih awal.

Beliau berkata aktiviti dalaman menjadi pilihan berikutan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

 
Tahun 2027 dan 2028 lagi mencabar.
Budget Hari Raya + Buka Sekolah + Musim Banjir pada waktu yang hampir sama.
Semoga berjaya menjaga kewangan.
 
Back
Top
Log in Register