BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar Dadah RM2.08B

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,796
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,796
Reaction score
7,754
Points
916
27.06.2021 - Yangon, Pihak berkuasa Myanmar membakar dadah terlarang yang dianggarkan bernilai lebih AS$500 juta (kira-kira RM2.08 bilion) di seluruh negara sempena Hari Dadah Sedunia. Beberapa guni ganja dilonggokkan di kawasan yang dijadikan lokasi pembakaran di pusat komersial Yangon termasuk beberapa beg pil berwarna merah jambu, heroin, ketamin, tramadol dan ice.

Semua bahan narkotik itu dianggarkan bernilai kurang AS$668 juta (kira-kira RM2.78 bilion), termasuk 224 juta pil methamphetamin turut dibakar di tiga bandar di Myanmar. Walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat Covid-19, terdapat 'pengembangan keseluruhan pasaran methamphetamin secara berterusan di Asia Timur dan Tenggara' kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini.

Wilayah Shan yang bermasalah di Myanmar kekal menjadi sumber utama bekalan dadah yang sering diseludup ke pasaran luar negara yang lebih mewah seperti Australia dan Jepun dalam pelbagai bentuk dan kaedah. PBB itu sudah memberi amaran akan risiko berlakunya kegiatan lebih besar berikutan ekonomi Myanmar yang merosot, rusuhan yang masih berlaku di seluruh negara dan tindakan protes susulan pengambilalihan tentera.

Segitiga Emas yang meliputi sempadan Myanmar, Laos dan Thailand selama beberapa dekad menjadi pusat perdagangan dadah Asia Tenggara yang menguntungkan. Bukit-bukit yang dipenuhi tanaman popi di Myanmar menjadi lokasi ideal untuk dijadikan makmal haram dengan bekalan bahan kimia yang tidak terkawal dari China.

1624762324902.png

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/723086/bakar-dadah-rm208b
 
DADAH | Pihak Berkuasa Myanmar Bakar Dadah

Pihak berkuasa Myanmar membakar dadah bernilai lebih 500 juta dolar Amerika atau kira-kira RM2 billion yang dirampas di seluruh negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 
Syg ganja tu di bakar, jual la blk dpt gk bantu negara....meth tu ok la bakar, xguna sesen pun
 
Back
Top
Log in Register