BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakal guru dalam dilema

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Fatimah tabah menjaga suaminya yang koma.
< 1 / 1 >
KULAIJAYA – Detik hitam yang menimpa sebuah keluarga di sini, mengubah kehidupan empat beranak apabila suami yang sebelum ini menjadi tempat bergantung disahkan koma tahap tiga selepas terbabit dalam kemalangan pada 17 Julai lalu.

Fatimah Bohari, 35, tanpa jemu menjaga dan berdoa agar suaminya Azmi Jembari, 37, dapat pulih semula demi kebahagiaan mereka sekeluarga.

Ibu dua anak ini juga merupakan bakal guru Pendidikan Jasmani yang kini menunggu untuk ditempatkan mengajar. Dia turut mengakui sedang dalam dilema memikirkan nasib keluarganya kerana suami perlu diawasi dan pada masa yang sama bersemangat untuk bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menceritakan kembali kisah hitam itu, Fatimah berkata, suaminya dalam perjalanan untuk melaporkan diri ke syarikat baru di Singapura sebagai juruteknik dan keluar rumah jam 5.30 pagi melalui Lebuhraya Link Kedua.

“Suami baru sahaja berhenti dari syarikat lamanya dan pada hari kejadian merupakan hari pertama dia mendaftar diri ke syarikat baru. Saya hanya dimaklumkan oleh sepupu, suami terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 pagi.

“Pada mulanya, saya berpendapat suami hanya kemalangan kecil, namun setelah sampai ke hospital doktor melaporkan keadaannya kritikal akibat pendarahan di kepala dan disahkan koma.

“Difahamkan suami mungkin terbabas akibat mengelak kenderaan atau dilanggar lari kerana semua barangan peribadi miliknya tidak hilang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Fatimah berkata, suaminya menjalani dua pembedahan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, di sini selama sebulan setengah dan kemudiannya dibenarkan pulang pada 5 Syawal lalu.

“Pada mulanya dua anak kami tertanya-tanya kenapa ayah telah lama tidak pulang, kerana saya tidak pernah membawa mereka ke hospital sepanjang dirawat, namun setelah pulang, anak kehairanan kerana suami tidak mengenali mereka malah tidak memberi maklum balas dan hanya terlantar di katil sahaja.

“Doktor mengesahkan suami boleh pulih namun memerlukan sedikit masa. Setakat ini kami hanya menggunakan duit simpanan dan bantuan keluarga serta sumbangan yang dihulurkan,” katanya.

Jelasnya, Azmi memerlukan belanja RM3,000 sebulan bagi pembelian susu, lampin pakai buang dan alatan sedut kahak. Sebelum ini saya telah membelanjakan RM10,000 untuk pembelian kerusi roda, katil dan mesin.

“Saya tidak sangka, setelah setahun setengah berpisah kerana mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Perlis, kami baru tinggal bersama tiga minggu dan diuji dengan berita kemalangan.

Katanya lagi, beliau juga tidak berkesempatan untuk membuat sebarang permohonan bantuan terutamanya kelonggaran penempatan guru dan hal pembiayaan rumah serta kenderaan kerana suaminya tidak boleh ditinggalkan sendirian.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bakal-guru-dalam-dilema-1.196317
 
Muhyidin kena amik perhatian ni tempatkan sekolah dekat suami
 
semoga tabah dgn ujianNYa...
guru cekal, wanita besi....cukup sesaui utk wanita ini...
semoga suami tercinta cepat sembuh...
 
Back
Top
Log in Register