BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bajet buat rumah terbuka

rumah2u

Fun Poster
Messages
189
Joined
May 15, 2010
Messages
189
Reaction score
7
Points
15
Salam, jom kongsi tips-tips pasal rumah terbuka. Saya sedang berkira-kira nak buat tapi tak pasti pasal bajet. Katakan kalau jemput 100 orang (biasanya orang tak makan banyak kan?), adakah perlu tempah makanan sebanyak 100 kepala jugak ataupun 200 kepala (untuk pasangan suami/isteri + anak). Biasa anak-anak tak makan banyak kot?

HENDAK buat atau tidak rumah terbuka? Saudara-mara dan kawan-kawan asyik bertanya, mereka hendak datang beramai-ramai.

Ada banyak yang datang pada dalam fikiran. Pertama, bajet pada musim raya yang menipis. Bolehkah buat rumah terbuka sekadar menggunakan RM300?


Kedua, rumah yang sempit ataupun tinggal di rumah pangsa. Risau jika tetamu tidak selesa.

Ketiga, anda semakin berusia, tidak larat memasak pelbagai menu seperti 10 tahun lalu. Siapa yang hendak membantu kerana anak beraya di rumah mentua mereka?


Bajet

Sangat penting mengagak jumlah tetamu, dengan ini anda tahu jumlah makanan yang disediakan. Sekiranya mengambil pendekatan sederhana, makanan yang dihidang�kan walaupun ba�nyak dapat dikurang bajetnya.

Contohnya, tetapkan jumlah menu yang kecil merangkumi dua hidangan berat dan satu ringan. Hidangan berat contohnya sama ada set nasi beriani atau set nasi ayam. Hidangan ringan pula pencuci mulut seperti puding, jeli, sejenis kuih (contohnya karipap atau donat) atau buah-buahan.

Nasi beriani dan nasi ayam mudah kerana ia ada set sendiri dan tak perlu banyak lauk. Satu lauk dan sayur (acar) sudah lengkap.

Anda juga boleh berpakat dengan adik-beradik atau kawan baik untuk berkongsi mengadakan rumah terbuka hari raya. Ia boleh dirancang sama ada mahu berkongsi wang menggunakan perkhidmatan katering atau masing-masing menyediakan hidangan yang dipersetujui.

Paling penting, jangan berlebihan menyediakan menu. Tetapkan tiga jenis sahaja. Antara menu berat lain yang boleh dipilih adalah mi kari, lontong dan mi sup.
Bagi tambahan kemeriahan, anda boleh letakkan kerepek dan kuih raya bagi menyerikan meja, malah ia sudah cukup mengenyangkan.

Lemang dan ketupat memang mudah tetapi sering kali orang mengatakan lemang dan ketupat bukan hidangan lengkap. Walaupun sudah ada lemang, ketupat dan kuah kacang, ramai menyangka perlu ada hidangan berat yang lain. Ini sudah meningkatkan bajet anda.

Penyelamat bagi set ini ialah nasi. Lauk apakah yang boleh dimakan bersama nasi lemang dan nasi impit? Rendang dan ayam masak merah adalah pe�nyelesaian mudah.
Di sesetengah tempat, ayam atau daging masak kicap turut sepadan dimakan dengan ketiga-tiga di atas. Jadi pilihlah mengikut selera.

Mencari katerer memang menyesakkan dada pada musim raya kerana harganya mudah sekali meningkat naik. Katerer pula perlu ditempah sebulan awal, saat-saat akhir tiada yang mahu.

Apa kata anda mendapatkan perkhidmatan orang perseora�ngan di kawasan kejiranan yang diketahui boleh memasak untuk makanan ramai dan sedap. Cara ini lebih murah, cuma kena menyediakan pinggan mangkuk sendiri untuk tetamu.

Untuk minuman pula, sediakan dua jenis minuman yang baik untuk kesihatan, air kosong dan kordial limau. Tidak perlu menyediakan empat lima jenis minuman kerana ia bukan cara yang bijak. Tetamu juga boleh fokus dalam memilih sama ada mahu yang tawar ataupun manis, sejuk ataupun panas. Air teh atau kopi tidak perlu kerana tetamu biasanya mahu yang manis atau sebaliknya.

Selagi anda tidak berlebihan menyediakan menu bagi rumah terbuka, bajet anda tetap dapat dikawal dan murah.



Rumah yang kecil, di mana hendak menghidang, di mana hendak makan?


Jemput tetamu secara berperingkat. Kawan-kawan anak dijemput pada jam 11 pagi, kawan sendiri, jam 1 tengah hari. Saudara-mara mesti dikhaskan waktu yang paling akhir kerana mereka selalunya mahu tinggal lama. Sekiranya saudara-mara di awal waktu, ia bertembung dengan tetamu yang lain.

Rancang pengawalan menu mengikut masa tetamu. Kanak-kanak mungkin tidak gemarkan menu berat seperti nasi. Oleh itu, bihun dan mi adalah pilihan terbaik.
Ada rumah pangsa yang langsung tidak mempunyai koridor jadi, mungkin ada masalah menghidang makanan kepada tetamu yang ramai.

Anda boleh menghubungi persatuan penduduk bagi menggunakan wakaf di taman permainan rumah bagi menjamu tetamu sekiranya mahu menjemput tetamu datang sekali gus. Tetapi ini ada risikonya kerana selain penat mengangkat barang, masalah hujan juga perlu difikirkan.

Pada musim raya, ada restoran yang ditutup agak lama. Jika mendapat kerjasama daripada tuan punya restoran yang anda kenali, anda boleh menyewa restoran itu sebagai tempat menyambut tetamu. Tentu pilihan ini lebih murah dan kecil berbanding dewan orang ramai. Makanan dan peralatan disediakan pihak anda sendiri.


Penat dan tidak larat?

Kepenatan menyedia dan melayan rumah terbuka bukan hanya memenatkan orang yang berusia tetapi sesiapa saja. Cuma, orang yang berusia selalunya lebih penat.
Zaman ini untuk mendapatkan pertolongan orang lain bukanlah mudah terutama bagi mereka yang tinggal di kota.

Untuk mengurangkan kepenatan, paling utama adalah meng�gunakan peralatan pinggan mangkuk pakai buang kerana membasuh pinggan memang kepenatan yang paling kritikal terutama sekiranya tetamu tidak henti-henti datang.

Pastikan juga anda tegas memberitahu waktu jemputan supaya tidak ada yang datang terlalu awal atau sehingga lewat malam. Contohnya, beritahu tetamu anda waktu jemputan hanya dari jam 2 hingga 6 petang.

Mengemas dan membasuh tidak perlu dilakukan pada hari itu juga. Jangan memaksa diri yang sudah penat. Semuanya boleh dibuat keesokan hari setelah anda merehatkan badan.

Bagi memastikan majlis berjalan lancar, buat persediaan awal dan bukan hanya sibuk pada hari majlis. Apabila sudah menetapkan tarikh, dua tiga hari sebelumnya sudah boleh menyusun atur perabot bagi keselesaan tetamu atau memasak puding yang boleh disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya mahu membuat sendiri kuih-muih seperti karipap dan cucur badak, sediakan intinya terlebih dulu. Begitu juga sayur dan bahan lain, potong awal-awal bagi menjimat�kan masa.

Segala rempah tumisan, bawang, cili dan lain-lain disediakan awal supaya anda hanya perlu memasak atau menggoreng saja tanpa perlu bersusah payah dengan kerja remeh temeh.

Beli bekas putih kedap udara untuk menyimpan daging dan ayam sehari sebelum majlis bersama-sama ketulan ais bagi memelihara kesegarannya. Ja�ngan terkocoh-kocoh di pagi hari ke pasar atau pasar raya kerana ini akan menambah kepenatan.

Paling utama untuk mengelakkan pembaziran, terlebih bajet dan kepenatan melampau adalah bersederhana dan tanamkan niat yang ikhlas bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebih.

Islam menggariskan kesederhanaan dalam apa juga suasana.

Apa yang penting, dapat menjamu seadanya, menjalin silaturahim dan semua orang gembira. Jangan sampai berhutang kad kredit semata-mata mahu membuat rumah terbuka Aidilfitri.

Bagi yang berkunjung ke rumah terbuka pula, jaga adab dan sopan di rumah orang dan jangan menyusahkan tuan rumah. Sekiranya masa sudah ditetapkan jangan sesuka hati menukar masa mengikut jadual anda sendiri. Hormati tuan rumah yang mungkin sudah kepenatan dan ada agenda lain.

Bagi yang membawa anak kecil, jangan biarkan anak anda mengambil sendiri makanan dan menyentuh hidangan sehingga membuatkan orang lain tidak selesa.

Pastikan juga anak anda tidak menyepahkan rumah tuan rumah dan sekiranya anak tidak sengaja menumpahkan makanan atau minuman, bantulah untuk membersihkannya.

Lebih selamat, anak kecil disuapkan oleh ibu bapanya sendiri.

http://www.hmetro.com.my/articles/Bajetbuatrumahterbuka/Article
 
Adab kunjungi rumah terbuka

SETIAP kali tibanya musim perayaan terutama Aidilfitri, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan kenalan, sanak-saudara serta jiran tetangga secara ‘eksklusif’.

Ada yang menempah juadah makanan istimewa daripada pihak katering atau lebih selesa menyediakan sendiri bagi dihidangkan kepada tetamu jemputan.

DUIT RAYA...jika ada rezeki lebih boleh menyediakan duit raya buat anak-anak tetamu yang hadir.

RAI...penganjur rumah terbuka perlu menjemput tetamu yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup.
Bagi yang mengadakan rumah terbuka dengan penuh keikhlasan pasti mendapat limpahan rahmat dan keberkatan. Jemputan juga perlu diperluaskan kepada jiran tetangga berlainan agama serta bangsa.

Jelas Islam amat menitikberatkan umatnya saling hidup dalam kerukunan. Rumah terbuka pada Aidilfitri antara peluang yang perlu digunakan bagi memupuk persefahaman serta permuafakatan dalam menyuburkan hubungan sesama manusia.

Tetamu yang hadir perlu dimuliakan kerana ia bertepatan dengan saranan agama yang mahu umatnya saling hormat menghormati serta berkasih sayang antara satu sama lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku maka dia memuliakan Allah. Dan, sesiapa menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia menjadi kemarahanku. Dan sesiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia menjadi murka Allah.

Antara tujuan utama rumah terbuka diadakan bagi menghidupkan suasana kemesraan dan paling penting dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Berbeza suasananya di bandar, barangkali masih ada yang tidak mengenali
rapat jirannya walaupun tinggal di sebelah rumah. Justeru, peluang bertemu dalam majlis itu cukup besar hikmahnya dalam merapatkan ikatan persaudaraan.

Di sesetengah tempat, ada yang meraikan rumah terbuka dengan mengadakan majlis marhaban sebelum menikmati juadah. Tidak kiralah apa cara sekali pun sambutannya asalkan ia tidak melanggar tuntutan syarak seperti tidak menyediakan makanan secara berlebihan, tiada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram serta tiada majlis tari menari.

Persepsi masyarakat juga perlu diubah supaya mereka tidak mengaitkan amalan ziarah hanya dilakukan apabila ada rumah terbuka. Namun tidak bermakna kita boleh ‘menyerbu’ rumah jiran kita sesuka hati.

Dalam situasi itu, adab ketika berkunjung perlu diberi perhatian dan sebelum bertandang, pastikan kita memaklumkan terlebih dulu kepada tuan rumah dan waktunya pula sesuai.

Adab bagi mereka yang berkunjung ke rumah terbuka perlu dijaga supaya ia menyenangkan hati tuan rumah. Jangan duduk terlalu lama hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.

Patuhilah masa yang sudah ditetapkan pihak tuan rumah. Apabila hendak pulang, ja�ngan lupa minta izin daripada tuan rumah serta ucapkan terima kasih kepadanya atas jemputan itu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling takwa di antaramu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat ayat 13).

Rasulullah s.a.w sendiri menunjukkan kepada kita contoh mengenai keindahan dalam hubungan kemasyarakatan. Sikap keterbukaannya sangat terserlah.

Baginda sering menziarahi keluarga berlainan agama apabila ada kematian, menghadiri jamuan makan mereka dan menziarahi orang sakit.

Pernah satu ketika Nabi s.a.w dikunjungi utusan daripada kaum Nasrani dari Najran. Baginda membentang�kan serban dan mempersilakan mereka duduk di atasnya.

Tindakan Rasulullah itu menjadikan utusan terbabit merasai kemurnian dalam Islam. Tidak lama selepas peristiwa itu, mereka dengan rela hati memeluk Islam.

Jelas kepada kita, pastinya tiada pertikaian mengenai amalan mengadakan rumah terbuka selagi berpeluang menyerlahkan matlamat ke arah kebaikan.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata, konsep rumah terbuka sempena Aidilfitri antara wadah perlu digunakan sebaiknya bagi mengeratkan hubungan silaturahim termasuk yang berlainan agama atau bangsa.

“Bagaimanapun, pastikan tiada anasir yang berkeinginan merosakkan majlis atau memperolok-olokkan sikap toleransi yang diamalkan Islam.

“Rumah terbuka untuk semua kaum menjadi lambang keindahan Islam. Ia hasil semangat muhibah antara manusia yang dianjurkan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Beliau berkata, amalan itu walaupun bukan satu syariat yang diwajibkan Islam, namun jika dilakukan menurut garis panduan umum syarak, ia menjadi ibadat yang menguntungkan kepada pelakunya.

“Positifnya, majlis rumah terbuka menyediakan ruang luas bagi umat Islam melakukan amalan ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan dan menjamu tetamu yang hadir.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga hingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)” (Hadis Riwayat Muslim).

“Menjamu tetamu dengan makanan yang terbaik juga antara amalan Rasul. Hal ini seperti dijelaskan Allah s.w.t di dalam al-Quran ketika menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu yang bertandang ke rumahnya,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapat�kannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): “Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.” Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah al-Dzariyat, ayat 24-27).

Mohd Shahrizal berkata, rumah terbuka menjadi medan terbaik bagi mengumpulkan saudara dan kenalan hadir secara serentak.

“Faktor cuti yang terhad membataskan pergerakan kita hadir ke rumah setiap rakan. Adanya majlis rumah terbuka pada Aidilfitri ini memberi peluang kepada kita bertemu,” katanya.

Beliau berkata, majlis rumah terbuka juga memberi peluang kepada kita untuk mempamerkan keindahan Islam dan menggalakkan umatnya menjalinkan hubu�ngan baik dengan masyarakat bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang umatnya menjemput masyarakat bukan Islam hadir bersama-sama ke majlis umat Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8).

“Namun, dalam mengadakan majlis rumah terbuka, kita wajib menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang.

“Antaranya, majlis itu diadakan tidak bertujuan untuk bermegah-megah,” katanya.
Mohd Shahrizal berkata, keharusan untuk bergembira pada hari raya mencerminkan keindahan Islam di mata orang lain.

“Seperkara lagi yang perlu diingatkan dalam penganjuran majlis rumah terbuka adalah tetamu yang hadir.

“Sewajarnya penganjur menjemput tetamu yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup.

“Tidak kira sama ada kaya, sederhana atau yang kurang berkemampuan, pe�nganjur tidak boleh ‘memilih bulu’ dengan menjemput tetamu di kalangan yang kaya dan ternama saja hadir ke majlis rumah terbukanya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Adabkunjungirumahterbuka/Article
 
kalau masak sendiri lah...buget rm300 tak sampai utk makan 100org lebih ni...

ayam mahal la skrg ni...huhuhuhu...

rm15o barang basah seperti ayam,sayur,fish ball dll..
rm100 barang kering seperti bawang,kentang dll...
rm50 barang2 untuk kelengkapan memakan seperti pinggan dan cawan pakai buang,tisu...

standby lagi rm 100 la kalau ade hal2 yang lain...topap pon kene masukkan tau sebab ade sedara2 yang sesat jalan kang..hihihihi..
 
ni jemput ke nih..?

aku on aje.. :D
 
dah 2 tahun tak buat open house, tapi bila weekend je mesti masak something utk makan2 sbb kengkawan suka dtg beraya masa weekend..stand by je, kalau orang tak dtg, tuan rumah je makan,,hehe..
 
kalau untuk 100-200 orang,
tengok la apa makannya??
kalau setakat nasi,ayam rendang,kari lembu,nasi impit,kuah kacang,mee,bihun,(sup n goreng2) . kueh2..
kalau masak sendiri tak sampai 4-5 ratus ..
tapi kalau tempah,nak2 katering,
kene die caj 1 kepala RM8-10,
dekat2 2k gak tu..
 
Back
Top
Log in Register